Individu Kecam KKM Tampil Mohon Maaf, Jelaskan Keadaan Sebenar Bukan Mahu Menfitnah.
VIRAL | Masih ingat individu bernama Arep Arep yang berang kerana dilayan acuh tak acuh ketika dirawat di MAEPS? Kali ini beliau tampil menjelaskan kenapa beliau meluahkan perasaan marahnya di Facebook pada dua minggu lepas.
Berikut dibawah ialah penjelasan beliau;
First of all saya nak minta maaf atas penulisan yang kucar kacir sebab terbawa emosi dalam penulisan. Yang kedua, saya nak explain the real situation yang kami hadap dengan KKM. Wife saya dapat positive dari results swab yang kami buat di private clinic yang berdekatan.
Jadi automatic saya dan anak-anak jadi close contacts. Which is kami paham. Hari selepas dia di maklumkan positive saya dan anak-anak dapat surat untuk buat ujian swab dengan PKD Sepang. Hari kedua swab positive, dia dimaklumkan pula unutk dibawa ke hospital Sg. Buloh, tanpa diberitahu keadaan dan apa yang diperlukan bila dia disana. Selama 4 hari saya jaga dia dirumah, swab saya masih negative dan dia pun semakin membaik.
Semua berubah bila KKM ambil. Diletakkan di MAEPS, queue yang lama dan panjang, tidak teratur, dia tak dibagitahu apa yang perlu dilakukan, badan pun semakin lemah. KKM ambil tengah hari jam 1 petang pukul 5petang baru dia dapat lihat tempat rawatan yang KKM sediakan. Berhawa dingin, sejuk tersangat-sangat, bercampur dengan others foreign, katil yang ditempatkan dia tiada bantal dan selimut pada awalnya, bila minta pada nurses yang bertugas mereka hilang-hilang.
Dan bila makan malam sampai, dia diberikan meal daging sedangkan dia vegetarian(nak buat mcm mana dah vegetarian dari lahir). Sampai lah ke malam, ada patients lain yang membantu.
Wife saya ada anxiety dan depression, satu hari menangis dan tunggu untuk di bantu. Saya hubungi KKM petang tu minta untuk dikuarantin di rumah kalau keadaan macam tu yang tak selesa. KKM berkeras, kami bernasib baik ada kawan saya yang dikuarantin di hall yang sama, kawan saya bantu dia bagitahu mana boleh dapatkan air panas dan sebagainya. Bayangkan seorang-seorang tak paham bahasa melayu, tiada announcement dalam bahasa melayu tidak dibrief langsung apa keadaan dalam tu. Hari kedua doctor attend dia, tiada ubat anxiety diberi, tetapi diberikan ubat lain seperti paracetamol dan cough syrup.
Dia juga bagitahu saya ada staff yang ambil gambar dia mengatakan dia gila dalam tu. Sebelum di attend doctor yang bertugas. Saya tak salahkan frontliners sepenuhnya saya paham dan aware mereka penat. Tapi pihak pengurusan yang dikatakan peka perlu ambil tindakan dengan keadaan disana. Segala postingan yang diletakkan didalam media semua local kenapa tidak diliput mereka yang foreign dan expats di dalam tu.
Banyak juga complaint mengenai makanan ada jarum, lipas dan sebagainya. Memang saya paham bukan frontliners yang masak. Tapi berbalik pada pihak PENGURUSAN yang menguruskan. Kami tak minta 2 star mahupun 5 star punya layanan. Kami requested untuk berada di rumah seperti menteri-menteri lain dan influencers-influencer lain. Tapi tidak dibenarkan sama sekali. Hari kedua mereka bagitahu akan pindahkan wife saya ke Sg. Buloh.
Selepas 20 minit doctor bagi tahu mereka sengaja cakap begitu sebab mahu menenangkan patients. Hari yang sama KKM maklumkan nak ambil salah seorang anak saya untuk dikuarantin disana, saya tak benarkan tapi mereka bertegas, Alhamdulillah bantuan dari British High Commissions mendesak supaya kami dikuarantin dirumah berjaya. My wife discharged dari MAEPS malam tadi.
Percayalah saya dah hubungi KKM, call, whatsapp kakitangan yang menguruskan, messaging them thru messenger, emails dan banyak lagi saluran yang saya guna. Tetap jawapannya diluar kemampuan mereka. Niat saya create awareness supaya sesiapa yg perlu dikuarantin aware apa yang diperlukan dan keadaan sebenar.
Wife saya mengalami pengalaman di kedua-dua hall local dan foreign, berbeza sangat katanya. Hall foreign terlampau sejuk, Hall local quite warmer. Hari ketiga sebelum dia dibenarkan balik dia ditempatkan di hall local. Banyak gambar-gambar yang saya highlightkan makanan, tandas hall C dan sebagainya, tapi yang diambil adalah yang negative dari pihak saya kononnya kami kayangan.
Tidak sama sekali, ramai yang mengadu dalam tu, tapi suara mereka kecil nak dibandingkan media yang gembar gemburkan keadaan dalam tu terkawal. Pada saya eloklah jelaskan pada umum yang kita betul-betul tak berdaya nak tampung pesakit covid di Malaysia supaya Malaysians lebih bertanggungjawab menjaga SOP. Dan hentikan pengurusan double standard.
I TRULY RESPECT AND APPRECIATE ALL THE FRONTLINERS, THANK YOU FOR ALL THE PATIENCE AND HARDWORK.
Saya harap selepas kami suarakan adalah pembaikan di dalam tu. Bukan kami manja. Tiada sapa yang nak sakit, tapi procedure mengelirukan. Pihak sana boleh pihak sini tak boleh. Kalau tak mampu bagilah kami kuarantin dirumah. Lebih selesa, ubat ubatan tersedia, multivitamins ada to support our immunity.