Netizens Kecam Trend Beli Kool Fever Untuk Permainan #babiair.
VIRAL | Permainan #babiair dikatakan telah menjadi cabaran kepada anak muda yang aktif dalam aplikasi Tiktok.
- Membeli kool fever (yang pasti lebih dari satu)
- Merendam kool fever dalam kolam air
- Mandi bersama air rendaman kool fever
Menurut mereka yang terlibat dalam permainan babi air, kool fever yang direndamkan ke dalam air akan membuat bentuk babi. Bagaimanapun kenyataan ini perlu disahkan memandangkan penulis belum dapat melihat buktinya lagi setakat ini.
Permainan babi air ini pula diviralkan dengan tujuan membentuk cabaran kepada mereka-mereka diluar sana yang mengikuti trend tersebut.
Bagaimanapun trend ini nampaknya tidak disokong oleh masyarakat Twitter dan Facebook walaupun ia sedikit berbeza bagi masyarakat Tiktok dan Instagram.
Permainan babi air telah menerima kecaman bertubi-tubi di Twitter dan Facebook dan ramai beranggapan ia merupakan satu projek pembodohan dan pembaziran.
Permainan babi air juga dikaitkan dengan seorang ibu yang baru-baru ini terpaksa mencuri kool fever demi mengubati anaknya yang demam.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal di Facebooknya pada Khamis.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri plaster untuk kebah demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.
"Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan (plaster untuk kebah demam) sebab anaknya demam.
"Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini," katanya menerusi rakaman video yang disiarkan menerusi Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Selain tampil membantu memberikan bantuan pihak polis juga menutup kes tersebut kerana ibu tersebut terdesak mencuri bagi mengubati anaknya yang sakit dan memberikan mereka makan.
Walaupun ramai yang tampil mengecam trend permainan babi air tak kurang juga yang membela trend tersebut atas alasan pemain babi air tidak mencuri dan membeli kool fever menggunakan wangnya sendiri.
Namun alasan tersebut nampaknya tidak diterima majoriti netizens. Inilah bezanya pemikiran orang kaya dan orang miskin. Bagi yang berduit membeli dan membuang barang-barang seperti itu boleh dianggap trend tetapi bagi si miskin nak beli pun berkira dua tiga kali apatah lagi nak membuangnya. Ada sesetengah orang satu kool fever dipotong dua. Ini pula mereka beli untuk buang-buang.
Trend bodoh seperti ini wajar ditegur kerana ia merosakkan pemikiran anak muda yang masih naif dan membesar. Malah ia boleh berjangkit kepada perkara lain. Bukan semua cabaran di media sosial itu boleh kita abaikan dan tutup mata atas alasan ia permainan budak-budak. Sebelum ada sesiapa yang menjadi mangsanya, eloklah ditegur dan dipantau. - 24 Januari 2021.