t>

Breaking News

Kronologi Wanita 'Lawan' Polis Kerana Disaman RM1K Tak Pakai Pelitup Muka.

KRONOLOGI | Pada 20 Januari, seorang Twitterer yang menggunakan akaun @kakti64 tampil dengan kicauan mengatakan beliau disaman kerana tidak memakai pelitup muka meskipun tidak berada di tempat sesak.

"Kau bayang kan aku baru keluar dari kereta nk pergi ambil anak aku kat seat sebelah,BUKAN TEMPAT http://SESAK. Cafe aku pun tak buka lagi. DIA SAMAN AKUUU WEYH DIA SAMAN! Sebab aku bukan politician. Kedai keliling cafe aku semua tutup! Doakan aku nak fight esok," katanya dalam satu kenyataan.

2. Wanita itu juga tampil dengan beberapa bukti yang menguatkan hujahnya bahawa berada di tempat tidak sesak tidak perlu memakai pelitup muka.

3. Malah kenyataan ini turut disebutkan oleh Menteri Pertahanan sendiri.

4. "Aku di cafe sendiri yang belum beroperasi, di kereta sendiri nak pakaikan anak kasut, tiada orang disekeliling, memang bukan kawasan sesak, mask memang ada dalam kereta, pintu cafe pun baru buka separuh je, diri dalam kawasan pintu kereta yang terbuka, adakah betul untuk aku dikompaun?

5. "Apa yang aku tau Ismail Sabri cakap tak perlu kalau tak ada orang sekeliling. Walhal sebelum tu aku pergi kedai lain memang pakai mask. Boleh cek nama di Mysejahtera. Cuma bila dalam kereta aku buka mask dan untuk ambil anak aku adakah wajar unutk dikompaun?," ciapnya lagi.

6. Wanita itu turut menunjukkan SOP yang digariskan KKM di Twitternya;


7. Selain dari wanita itu, tampil juga individu lain yang memberitahu turut mengalami keadaan yang sama.

8. Pada 21 Januari, wanita tersebut menyebarkan pula bukti video yang menunjukkan di sekelilingnya tidak sesak semasa disaman polis.

9. Video itu katanya dirakamkan sebaik sahaja selesai dikompaun RM1,000.


10. "Video aku record lepas polis balik dari kompaun aku. Sederet kedai tutup kecuali kedai dobi belah kanan cafe selang 6 kedai. and hujung kanan sekali kedai makan. Belah kiri memang kedai makan tutup," jelasnya.

11. Wanita yang bernama Izzati itu juga melampirkan rakaman CCTV bagi membuktikan beliau tak bersalah kerana melanggar SOP dan tak sepatutnya dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

12. Rakaman CCTV itu kemudiannya tular apabila dilaporkan oleh beberapa media tempatan dan Sanjeevan Mywatch.

13. Walaupun telah diberikan bukti CCTV tapi nampaknya seperti tiada perkembangan kes. Begitulah yang diluahkan Izzati pada 23 Januari.

"Aku bukan nak give up awal ke apa. Tapi nampaknya kes aku ni macam tak ada future ja. Hadoiii. Dah bagi bukti cctv tempat tak sesak pun senyap je. Video duration 6 minit yang aku ada. Tapi tak reti nak post video panjang. Aku redha. Tunggu mahkamah Maha Esa je la. Ha gitu. 4 polis, aku, anak-anak," katanya.

14. Sebagai rekod, pada 22 Januari, Polis Johor menyangkal dakwaan Izzati yang berkata dirinya dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan tidak sesak.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan yang dijalankan mendapati bahawa semasa kejadian ramai pengunjung yang lalu lalang mengunjungi kedai dan premis yang berhampiran kawasan tersebut.

15. Kemudiannya pada 23 Januari sebaik tersebarnya rakaman CCTV dari Izzati, Polis Johor dilaporkan menolak dakwaan tidak ada orang lain di sekitar seorang pemilik kafe di negeri itu ketika dia didenda baru-baru ini kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Awani melaporkan, menurut seorang pegawai kanan polis Johor yang enggan identitinya didedahkan, sudut rakaman CCTV itu hanya menunjukkan seolah-olah tiada orang lain berhampiran wanita itu sedangkan pihak polis mempunyai perspektif yang berbeza.

Sumber itu turut berkongsi sekeping gambar dengan Astro AWANI yang menunjukkan terdapat seorang lagi wanita berhampiran yang memakai pelitup muka ketika wanita itu mengambil beg dari keretanya.

“Tengok sudut gambar berbeza di lokasi kejadian. Ada orang lain di sekitarnya yang memakai pelitup muka, jadi kenapa dia tidak memakai pelitup muka

Klip daripada rakaman CCTV yang ditularkan itu seolah-olah cuba menunjukkan polis mengeluarkan kompaun sesuka hati walaupun hakikatnya ada orang lain berhampirannya yang memakai pelitup muka,” lapor Astro Awani pada Sabtu. - 24 Januari 2020.