t>

Breaking News

Syarikat Insurans Patut Bantu Kerajaan Perangi #Covid19.

SURAT PEMBACA | Assalamualaikum admin. Boleh tak tolong up kan isu berkaitan dengan syarikat² insurans yang cuba lepas tangan untuk membantu rakyat yang mencarum insurans dalam syarikat mereka. 

Telah berlegar beberapa pekeliling berkaitan penyakit covid yang tidak akan mereka cover jika dimasukkan ke hospital swasta.
Hospital kerajaan penuh.

Frontliner kerajaan dah penat. Kerajaan minta hospital swasta bantu disebabkan hospital kerajaan padat dengan pesakit covid dan frontliner dah kepenatan plus ramai yang terpaksa dikuarantin sebab positif. 

Hospital swasta boleh bantu tapi tetaplah perlu mengenakan caj. Sebab pengoperasian hospital swasta adalah tanggungan sendiri. Bukan ada subsidi dari kerajaan. Dan pemegang polisi pula tentulah gembira boleh menjalani rawatan di hospital swasta. 

Sebab mereka ada polisi insurans. Sebelum ini mereka tak berpeluang menggunakan polisi mereka disebabkan kes covid mesti dirawat di hospital kerajaan. 

Ada yang dah bertahun pon memegang polisi. Namun sayangnya. Pihak insurans cuba lepas tangan. Jika pemegang polisi masuk ke hospital swasta wajib buat covid test. 

Jika result covid tersebut positif. Pemegang polisi tidak akan di cover oleh pihak syarikat insurans. Ini tidak adil bagi pemegang polisi. Pemegang polisi kena juga faham. Pakar di hospital swasta, gaji mereka bergantung kepada caj yang mereka kenakan pada pesakit. 

Jika caj seorang pesakit RM300 itulah gaji pakar swasta. Jika tiada pesakit. Tiadalah gaji mereka. Selain itu pakar hospital swasta juga perlu membayar sewa klinik yang mereka duduki untuk merawat pesakit di hospital tersebut.

Sewa ini ditolak dari gaji setiap bulan. Sewa bergantung kepada keluasan klinik iaitu antara RM4000 sampailah jejak ke RM8000 setiap bulan. Jika tiada gaji. Berhutang pula dengan pihak hospital. 

Jadi disini bagaimana hospital swasta + pakar swasta + frontliner swasta hendak membantu overload dihospital kerajaan. Jika secara percuma memang amat mustahillah. Harap admin dapat bantu pemegang polisi memperjuangkan hak mereka. 

Mereka membayar setiap bulan caruman polisi. Namun mereka tidak dapat perlindungan polisi disebabkan result covid positif. Pemegang polisi tidak meminta untuk positif covid. Jika positif mereka perlukan rawatan. 

Namun mereka terpaksa juga memenuhkan hospital kerajaan. Sebab insurans tak nak cover penyakit covid. Harap dapat viralkan isu ini supaya syarikat insurans ini sama² menanggung mengurangkan beban di hospital kerajaan. 

Dengan mereka juga bertolak ansur. Coverlah penyakit covid jika pemegang polisi ingin masuk ke hospital swasta.

Ada yang mencarum semua ahli keluarga dengan caruman beribu ringgit sebulan. Tapi bila seluruh keluarga positif. Mereka lepas tangan. Tolonglah admin. Viralkan isu ini. Perjuangkan hak pemegang² polisi. Saya sertakan surat dari syarikat insurans disini. (Rujuk gambar). - 24 Januari 2020.