t>

Breaking News

Kronologi VVIP Politik Potong Que Suntikan Vaksin #COVID19, KJ Janji Akan Lindungi Pemberi Maklumat.

KRONOLOGI | Portal Harakah melaporkan pimpinan PAS Pahang antara yang terawal menerima vaksin covid19.

2. Bagaimanapun pemberitaan tersebut menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan pemerhati dan pengikut politik tanahair negara. Mereka kemudiannya mempersoalkan kenapa pimpinan PAS menjadi antara yang terawal divaksinkan, dan atas kapasiti apa.

3. Kemudiaannya pada malam sabtu (27 Februari 2021), Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan mendedahkan VIP politik telah merebut vaksin yang dikhaskan untuk barisan hadapan.

4. Perkara itu didedahkan oleh Dr. Kamarul menerusi satu kicauan yang kemudiannya tular di laman sosial.

5. "Eh kenapa ramai VIP politik nak rebut vaksin yang diperuntukan untuk frontliner ni? Semua orang memerhati. Kalian ambil vaksin tu, semua ada rekod. Mesti akan kantoi kalau ambil hak frontliner. Lagipun frontliner yang cucuk, kan?," tulisnya dalam kenyataan itu.


6. Doktor Rafidah turut mendedahkan perkara sama.

7. Menulis di Twitternya;

DUA DARJAT 2.0 

Ya, faham ianya simbolik pemimpin mengambil suntikan vaksinasi dahulu. YB Perdana Menteri, Menteri Agama, Menteri Besar setiap negeri, kami tiada halangan. Tapi dah kenapa pulak EXCO, ADUN, menteri-menteri lain, kuncu-kuncu mereka nak vaksinasi awal? Maaf, kami tak faham.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN): anda adalah MENJAGA kebajikan petugas-petugas kesihatan-hospital, swasta & komuniti; bukan yang berDARJAT. 

Kami petugas bawahan tidak mampu faham dua darjat. Yang kami tahu pergi balik kerja, pakai PPE, menyelamatkan nyawa manusia.

Mana hak petugas-petugas kesihatan yang mengandung, menyusukan bayi, pegawai-pegawai (contohnya farmasi) di lapangan, doktor-doktor gigi swasta: kenapa tiada dalam senarai? 

Turunlah, berbincanglah dengan setiap seorang. Takkan keluarkan senarai sahaja. Kasihan mereka: alih-alih nama terkeluar atau langsung tidak masuk senarai. Tambah terkejut: muncul nama-nama YB tidak dikenali. Nak bersuara, takut. Please, middle managers. Do what’s right, get rid of nonsense. PROTECT the people under you. Dont think that’s too much to ask.

Mungkin netizen boleh unjurkan MOSTI @Khairykj : keluarkan senarai nama. Tonjolkan siapa vaksinasi dahulu daripada barisan hadapan. You can give us motivation during our vaccination. Bukan diri sendiri sorong lengan ambil vaksin dahulu. 

Show that you care for us, not for yourself. DO NOT deny the rights of women healthcare workers. If they’re pregnant, lactating & want vaccine: honour them. JKN: TALK TO THEM. 

Jangan buang masa kipas orang yang ada darjat buatan manusia. Let us, healthcare workers finish our vaccination first. Ikhlas dari saya yang hanya sorang pakar perubatan. 

Belum ada tarikh vaksinasi. Tidak akan memintas. Elok saya dahulukan staf yang betul-betul hadapan. Ketepikan golongan ini: dulu, kini & (harapnya) selamanya. Professionals work professionally.

8. Kenyataan Dr. Rafidah itu juga mendapat perhatian netizens dan semakin ramai yang mendesak untuk mendedahkan nama-nama ahli politik yang memotong barisan dan merampas hak vaksinisasi awal frontliner.

9. Selaku Menteri yang bertanggungjawab membeli vaksin-vaksin tersebut, KJ juga berjanji akan membawa hal tersebut ke peringkat atas dan melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan perbuatan mana-mana VVIP yang memotong barisan hadapan bagi mendapatkan vaksin.

10. Antara maklumat yang didedahkan ialah, SUK Kelantan didakwa potong barisan. Ini yang disebarkan oleh Dr. Rafidah sendiri di Twitternya tadi.

11. Disebabkan hal ini petugas kesihatan yang sepatutnya divaksinkan ditangguhkan atas alasan vaksin yang ada tidak mencukupi. Padahal dah banci dan kira awal-awal lagi. Ini pula dikongsikan oleh Ahli Parlimen Johor Bharu.


12. Sebenarnya orang politik juga mempunyai kuota vaksin. Mereka hanya perlu menunggu dan tak perlu berebut-rebut pun kerana bukan semua orang awam di Malaysia mahu divaksin. Kerajaan telah pun berkata pembelian vaksin akan mencapai keperluan sehingga 80% penduduk Malaysia. Jadi buat apa la nak berebut-rebut sehingga melanggar kuota frontliners. Jangan tunjuk sangat sikap tamak tu. - 28 Feb 2021.