t>

Breaking News

Pembantu Tukang Masak Dikompaun RM10,000, Uncle Kentang Mahu Merayu KKM.

VIRAL | Uncle Kentang ataupun nama sebenarnya Kuan Chee Heng mendedahkan di Facebooknya malam tadi bahawa seorang pembantu tukang masak telah dikompaun RM10,000 kerana melanggar SOP ketika berehat sebentar dibelakang kedai untuk menghisap rokok.

Uncle Kentang menulis seperti berikut;

"IBU SANGGUP REDAH BUAT VIDEO CALL BERTANYA PADA SAYA, SEKARANG APA MACAM? AKU PUN BINGGUNG. 

Seorang ibu tua yang harap wang bulanan daripada anak kerja pembantu tukang masak di saman RM 10,000 di Ipoh hari ini. Menurut nya anak beliau keluar dari belakang restoran dan lepak di lorong belakang untuk hisap rokok dan beliau disaman RM 10,000.

Ibunya seorang tua menangis kerana anak beliau kata tak boleh hantar duit pulang kepada ibu di KL untuk beberapa bulan kerana terpaksa berhutang dengan restoran untuk bayar saman dan gaji akan di potong. 

Kita akan bantu jumpa Kementerian Kesihatan untuk merekodkan rayuan kami. 

Mak kata dia akan mati lagi baik kerana anak tak akan mampu bayar ubat kencing manis dan ubat darah tinggi beliau kerana duit gaji habis bayar kompaun RM 10, 000 jika rayuan tak di terima. 

Semoga kita dapat rayuan dan menolong anak ini dan mak beliau," tulisnya dalam kenyataan tersebut.

Perkongsian Uncle Kentang itu juga tular di beberapa page politik dan ia turut dikongsikan oleh Najib Razak bagi tujuan mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak berkaitan.

Ada yang percaya dan ada yang enggan percaya sehingga bukti surat kompaun didedahkan.

Selain perkara di atas, Harian Metro turut melaporkan kes yang lebih kurang serupa. Laporan itu menyebut pihak polis mengesahkan kesahihan surat kompaun yang tular di laman sosial, yang berlaku di Tanjung Pindang, Parit Buntar.


Lelaki itu dikompaun kerana gagal patuh SOP dengan memakai pelitup muka dengan sempurna, dimana dia meletakkan dibawah dagu.

Justeru itu, lelaki tersebut dikenakan tindakan kompaun RM10,000 dan hanya boleh berbuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah.

Sebelum ini Menteri ada sebut, kompaun RM10,000 adalah untuk pesalah bagi kes berulang tetapi nampak gayanya bukanlah begitu. - 14 Mac 2021.