t>

Breaking News

Pensyarah Tampil Jawab Serangan Terhadap Nurul Asma Alya - Tak Benar MARA Dipersalahkan.

VIRAL | Selepas kisah adik Nurul Asma Alya mendapat bantuan daripada Ustaz Ebit Lew disiarkan, terdapat sekumpulan kecil netizens yang nampaknya tidak senang dengan adik Asma Alya kerana dianggap bersandiwara bagi mendapatkan simpati ataupun senangnya kita sebut : play victim.

Asma Alya dianggap sengaja berbuat cerita kesian bagi mendapatkan simpati masyarakat.

Sesetengah pengkritik pula beranggapan tindakan Asma Alya itu telah memburukkan nama baik MARA.

Benarkah begitu?

Baik kita ikuti cerita ini sejak awal bagi memahami keadaan sebenar.

1. Semuanya bermula disini, laporan dari portal Sinar Harian dan Awani. Menurut laporan dari kedua-dua portal itu setelah digabungkan maklumat;

-  Asma Alya mendapat tawaran sambung belajar dari MARA. 

- Tawaran itu adalah tajaan sambung belajar ke luar negara. Keputusan Asma Alya cemerlang semasa pengajian kerana itu MARA melihat beliau sebagai pelajar berpotensi.

- Tetapi sebelum boleh proceed sambung belajar, Asma Alya perlu mengambil exam IELTS. Apakah itu IELTS? IELTS ialah satu peperiksaan yang perlu diambil oleh mana-mana pihak yang ingin sambung belajar ataupun bekerja di negara yang mana bahasa pengantar mereka adalah Bahasa Inggeris.

- Tetapi nampaknya Asma Alya telah gagal dalam peperiksaan ini ketika mengambilnya pada kali pertama. Ini adalah penjelasan dari MARA sendiri. Gagal disini bukan bermakna Bahasa Inggeris Asma Alya teruk. Peperiksaan ini seperti MUET. Ada band. Dan jika mendapat band tertentu sahaja barulah layak mendapat tajaan MARA. MARA juga ada sistem dan quality control yang mereka perlu jaga.

- Pada bulan Oktober 2020, mungkin Alya Asma mahu mencuba sekali lagi tetapi tak dapat mengambil peperiksaan IELTS itu kerana tak mampu bayar kos RM800. Sebenarnya yuran peperiksaan ini dah naik harga. Dulu bukannya RM800 pun.

- Ibu Asma Alya ini bekerja. Bukannya malas-malas duduk di rumah. Ibunya bekerja di kantin sekolah. Disebabkan COVID19, maka maknya hilang mata pencarian.

- Ramai orang mengalami situasi yang dialami oleh ibu Asma Alya. Elok-elok ada kerja, stabil, tiba-tiba hilang kerja bilamana hotel ditutup, kedai ditutup, kantin ditutup. Yang ini pada yang tak mengalami, mungkin dia tak faham.

- Oleh kerana Asma Alya telah gagal dalam laluan pertama (tawaran MARA untuk sambung belajar ke luar negara) maka dia memikirkan laluan kedua (option kedua).

- MARA juga nampaknya memahami bahawa budak ini budak cemerlang dan hanya perlu masa untuk mencapai impian.

- Lalu MARA menawarkan peluang kedua, untuk sambung belajar dalam negara tetapi kali ini MARA memberikan pinjaman boleh ubah, yakni ia boleh menjadi biasiswa andaikata keputusan Asma Alya cemerlang.

- Asma Alya dilaporkan menolak tawaran pinjaman tersebut.

- Jika diperhalusi laporan media, Alya Asma tidak berkata beliau menolak tawaran tersebut kerana tetap mahukan biasiswa atau kerana tetap mahu sambung belajar ke luar negara, beliau menolaknya kerana tak ada wang. Belajar di dalam negara berbeza belajar di luar negara dari segi persediaan. Jika sambung belajar di luar negara, penyedia biasiswa sudah memahami bahawa mereka perlu menyiapkan tambang, tempat tinggal dan sedikit kos sara hidup awal. Ini berbeza bagi yang sambung belajar dalam negara, apatah lagi jika mendapat pinjaman. Pelajar-pelajar ini tetap perlu menyediakan kos perjalanan, pembelian buku, sara hidup sementara tunggu pinjaman masuk.

2. Untuk laporan Sinar Harian : Menangis Tak Mampu Sambung Belajar Ke Luar Negara, itu adalah tajuk versi sensasi bagi mendapatkan perhatian umum. Hakikatnya jika membaca kandungan artikel itu, Asma Alya mahu sambung belajar tak kira dalam atau luar negara. Beliau ada menyatakan rasa sedih kerana gagal sambung belajar ke luar negara walaupun telah menerima tawaran dari MARA akibat kekangan kewangan tetapi masih mahu sambung belajar walaupun dalam negara. Ia patut difahami sebegitu.

3. Untuk laporan Astro Awani : MARA Pernah Tawar Pengajian Kepada Alya, ianya sama sekali tidak bercanggahan dengan laporan awal Sinar Harian dan Astro Awani. 

4. Laporan itu menyebut;

- Asma Alya pelajar cemerlang, lalu ditawarkan tempat dalam
Skim IPMA Excellent Students’ Programme (IESP) Ambilan Kedua Tahun 2020.

- Bagi memahami skim IPMA, boleh membaca disini

- Nampaknya MARA mengesahkan bahawa Asma Alya ditawarkan biasiswa untuk sambung belajar ke luar negara tetapi tak melepasi band yang diperlukan dalam peperiksaan IELTS.

- Demikian juga dengan tawaran pinjaman yang ditolak Asma Alya, ia juga disahkan MARA. Bezanya cuma alasan. MARA menjelaskan Asma Alya menolak kerana mahu terokai peluang lain, yakni Alya mahu berusaha mencari biasiswa. Dan kepada orang awam, Alya mengatakan beliau tolak kerana terhimpit dengan masalah kewangan. Nampaknya ia adalah common sense dari segi kronologinya. Ada selang masa beberapa bulan antara menolak tawaran pinjaman dengan rayuan bantuan. 

- Tak ada sesiapa yang sanggup tebalkan muka minta bantuan makanan dan sambung belajar melainkan benar-benar terdesak. Nama terpapar, tempat tinggal, rupa paras. Semua orang tahu.

- Pada tahun 2021, dengan PKP dan covid19 tak berkesudahan, pendapatan ibunya sekali lagi terjejas kerana sekolah tak dibuka, maknanya keluarga ini benar-benar sudah habis ihktiar.

- Pada ketika ini tak mustahil, Asma Alya memikirkan beliau mungkin sudah tak ada peluang untuk sambung belajar jika mendiamkan masalah. Jadi apa yang berlaku, Asma Alya pun membuka cerita.

5. Nampaknya ada orang twist sehingga akhirnya serangan dilakukan terhadap Asma Alya. Apa yang boleh didapati dengan menyerang pelajar miskin ini? Apa hasil dan kebaikannya? Penulis juga tidak memahami motif dibalik serangan tersebut.

6. Sebagai rekod, keluarga Asma Alya turut diberikan barangan dapur kerana terputus bekalan makan. Masih lagi mahu beranggapan dia berpura-pura miskin untuk menarik simpati ke?

7. Malah pensyarahnya juga tampil mempertahankan pelajarnya.

8. Setiap manusia boleh ada peluang kedua dan lainnya. Kita bukan buat jenayah. Kita bukan bunuh orang. Kita bukan rompak, rogol, makan rasuah.

9. Jika dia gagal kali pertama dalam IELTS dan berniat mahu mencuba sekali lagi, dia boleh. Jika dia fikir jalan tu sudah tertutup dan perlu sambung belajar dengan cara lain, itu juga boleh. Jika kerana wang menyekat langkahnya dan merayu bantuan, itu pun boleh. 

10. Yang tak boleh itu menagih. Jika anak muda itu merompak, merempit, mencuri, merogol, berzina buang anak, merosakkan sistem sosial. Ini tak boleh. Sebagai masyarakat kita perlu membezakan betul dan salah dalam kerangka rasional, bukannya emosi, cemburu atau dengki.

11. Jangan lemahkan dia kerana dia miskin. Jangan anggap dia tak layak memilih kerana tak berduit atau membuat keputusan berbeza dari apa yang kita fikirkan patut hanya kerana dia bukan orang kaya. 

12. Dan jangan dengki kerana dia terima sokongan awam dan bantuan ramai. Itu rezeki dia. Mendapat bantuan UEL, itu rezeki dia.

13. Ramai yang tidak tahu pada 10 Februari 2021, Alya Asma mengucapkan terima kasih kepada MARA kerana membantunya.

14. Jika MARA beranggapan agensi itu difitnah Nurul Asma Alya, buat apa mereka datang dan memberikan tablet pada 10 Februari sejurus selepas kesusahannya dilaporkan Awani. Bodoh sangat ke MARA untuk memahami situasi?

15. Tak betul juga netizens telah menyerang dan menyalahkan MARA. Berdasarkan tinjauan di ruangan komen post  yang menviralkan kisah Asma, majoriti netizens memberikan sokongan moral, kata-kata semangat, jangan putus asa, syukur Alhamdullilah kerana dibantu. Mana ada kecaman terhadap MARA. Jangan mengada-adakan apa yang tiada dan jangan menjual nama netizens untuk halalkan serangan.

16. Semua pihak yang tampil membantu termasuklah Ustaz Ebit Lew, akhirnya memungkinkan adik ini sambung belajar dalam bidang yang beliau minati. Kita patut gembira dengan outcome ini. Kerana kita baru sahaja menyelesaikan masalah. Untuk yang tidak gembira, mereka pasti mencari salah.

Rujukan;

https://www.sinarharian.com.my/article/123184/EDISI/Menangis-tak-mampu-sambung-belajar-ke-luar-negara  

https://www.sinarharian.com.my/article/123211/EDISI/Kelantan/Mara-pernah-tawar-peluang-pengajian-kepada-Nurul-Asma-Alya

https://www.astroawani.com/video-malaysia/bantuan-mara-remaja-cerdik-akhirnya-teruskan-pelajaran-1889998

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berdepan-kekangan-kewangan-nurul-asma-alya-mohon-bantuan-untuk-teruskan-pengajian-282033

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ebit-lew-taja-sepenuhnya-pengajian-pelajar-cemerlang-nurul-asma-alya-282475