t>

Breaking News

PM Suntik Vaksin #Covid19 Berbeza Jarum, Ini Perkara Sebenar Yang Anda Patut Tahu.

SOSMED | Selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan dos pertama vaksin #Covid19, antara perkara yang diperkatakan netizens ialah;

- Samada PM itu benar-benar menerima suntikan vaksin ataupun lakonan

- Boleh atau tidak bekas pesakit kanser / pesakit kanser menerima suntikan vaksin

- Kenapa jarum suntikan berbeza warna, biru semasa mengambil vaksin dari botol, merah semasa mencucuk ke bahu Perdana Menteri; adakah ini satu lagi propa.


Setakat ini isu berbeza warna jarum paling tular sekali di laman sosial sehingga dipersoalkan sana sini. Betul ke PM sebenarnya tidak disuntik vaksin dan telah melakukan penipuan?

Dek kerana tularnya dakwaan tersebut, beberapa kakitangan perubatan telah tampil menjawab persoalan dan dakwaan tersebut.

Menurut mereka ia merupakan amalan biasa sewaktu memberikan ubatan melalui salur darah, ataupun vaksin.

1. Menggunakan jarum lebih besar dan berbeza untuk withdraw ubatan dari ampoule/vial. Bertujuan memudahkan dan mempercepatkan proses pengeluaran ubatan tu. Jarum biru saiz dia 23G. 

2. Menggunakan jarum yang lain pula untuk cucuk ke pesakit melalui salur darah ataupun ke tiub drip. Untuk kes vaksin ni, memang kita guna jarum yang lebih kecil untuk cucuk ke otot. Jarum coklat saiz dia 26G/jarum oren saiz dia 25G. Lagi besar saiz jarum, lagi kecil diameter/lumen sesuatu jarum tersebut.

Tujuan menukar adalah kerana mahu mengelak berlakunya kontaminasi silang antara ampoule/vial asal dengan kulit pesakit, jarum TIDAK boleh digunakan semula sebab akan tumpul. 

Tambahan pula jika sesuatu ampoule/vial digunakan bagi lebih daripada satu pesakit. Bagi vaksin dari Pfizer, satu vial boleh digunakan untuk 6 orang penerima vaksin (0.3ml/shot).

Demikianlah penjelasan dari mereka-mereka yang bekerja di bahagian kesihatan. Semoga info ini dapat membetulkan beberapa salah faham yang tersebar sejak malam tadi. - 25 Februari 2021.