t>

Breaking News

Pengambilan Vaksin #Covid19 Sukarela, Ex Gratia Jika Ada Kesan Sampingan Serius. - KJ.

SEMASA | Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin siang tadi ada mengumumkan bahawa kerajaan akan mewujudkan skim khas bagi memberi perlindungan dan pembayaran ex-gratia kepada individu yang mempunyai kesan sampingan serius selepas menerima suntikan vaksin.


Ini merupakan perkembangan yang bagus sebenarnya. Langkah ini juga dilakukan kerajaan Singapura, dan sesungguhnya hal ini berupaya menambahkan lagi keyakinan awam terhadap suntikan vaksin kerana melihat kerajaan sanggup memberikan jaminan dari segi bantuan kewangan.

Kata KJ lagi;

1. Perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri dalam mesyuarat khas yang diadakan pada minggu lalu.

"Skim itu adalah untuk memberi perlindungan dan pembayaran ex-gratia kepada sesiapa yang ada kesan sampingan vaksin serius dikaitkan secara langsung dengan pemberian vaksin.

"Pengumuman berhubung skim itu akan dilakukan dalam masa terdekat,"
katanya.

2. KJ juga berkata Malaysia masih mengekalkan polisi pengambilan dua dos vaksin seperti yang disarankan pihak pengeluar vaksin walaupun terdapat perkembangan baharu dari sebuah negara yang memaklumkan pengambilan satu dos vaksin Pfizer-BioNTech mencapai keberkesanan 85 peratus.

3. KJ juga mengesahkan kerajaan masih mengekalkan polisi pendaftaran pengambilan vaksin di negara ini secara sukarela.

"Kita masih belum lagi membuat sebarang keputusan dan kekal kepada polisi asal kerajaan iaitu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan adalah secara sukarela.

"Bagaimanapun, kita tengok nanti sama ada ramai atau tidak (yang mendaftar) dan baru kita akan buat keputusan untuk polisi lain,"
katanya. - 21 Februari 2021.