t>

Breaking News

Nini Tampil Jelaskan Kekeliruan, Nafi Terjerit-Jerit Tegur MB Kedah, Akui Diganggu Selepas Buat Pendedahan.

Oleh : Nini Siron

Untuk beberapa hari, saya mendiamkan diri kerana tekanan saya terima cukup hebat. Mungkin ini kali pertama dalam hidup saya. Jadi saya tak biasa. Maafkan saya kalau saya privatekan akaun saya sebelum ni. Jadi kali ni saya peroleh sedikit kekuatan untuk munculkan diri. 

Saya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Tidak dinafikan, tekanan yang saya terima pada masa sekarang amatlah mengganggu. Tak cukup dengan saya, suami, anak dan semua adik kakak saya dikecam, dihina, digertak & ditertawa.. Apa salah kami? 



Saya hanyalah seorang rakyat marhaen yang menyambut saranan kerajaan. Saya bukan orang politik. Kalau bukan MB Kedah pun, saya tetap akan bawa kesalahan ini ke pihak berkuasa. Sebab tu saya tegur jurujual tu.

Hat duk kata saya pegang phone sambil jerit jerit tu tak betui. Masa saya cakap dengan jurujuai tu tak dak nya saya pegang phone duk ambik gambaq macam orang duk kata tu. Saya teguq teruih ja. Bila saya teguq tu, dia dah lari. 

Ada orang kata 'Hang buat apa kat Autocity?" Jarak rumah saya ke Autocity, 9.4km, 11 minit perjalanan. Saya harap ini dpt menjawab kemusykilan. Itupun saya beli barang keperluan yang hanya ada di kedai ECO tu saja. 

Setelah apa yang saya saksikan pada hari tersebut, saya tidak akan pernah berganjak dari pendirian. Saya masih yakin dengan sistem perundangan Malaysia. Saya bukan sesiapa, Polis harapan saya. Terima kasih polis Pulau Pinang yang banyak bagi nasihat. Saya pun bagi kerjasama sepenuhnya. Kadang sampai ke 5,6 pagi di balai polis. 

Benar, saya terima pelbagai offer dan tawaran dari orang politik, NGOs dan sebagainya tapi saya memilih untuk mendiamkan diri dulu. Saya takut nak bercakap dengan sesiapa. Ada la beberapa orang saya mintak pandangan.

Untuk netizen, kajilah setiap inci info dalam posting saya sebelum ini, kereta bergerak, ketiadaan mereka di lokasi selama 10-14minit membolehkan kami ambil gambar kereta mereka. Jika mereka disitu, adakah mereka tengok saja tanpa persoal tindakan saya. Pergilah lawat lokasi. Kalau mereka hanya disitu tanpa meninggalkan lokasi dah tentu pergerakan saya perlu melepasi mereka.
Selebihnya saya serahkan semua kepada polis.

Ya, saya yang buat laporan polis lebih kurang jam 10pm. Pada masa kejadian lebih kurang 6.30pm saya call balai utk maklum saya nampak kejadian pada masa itu dan polis alu-alukan saya untuk buat laporan..

Tujuan saya buat posting pada hari berkenaan, tidak lain tidak bukan, hanya lah nak kan jawapan. Tolong letak tepi siapa mereka. Saya mempertikai kesalahan SOP. Itu sahaja. Ini boleh dijadikan teladan umum. Saya nampak "pelanggan" dan jurujual melakukan aktiviti dan urusan yang mana ia jelas tidak dibenarkan. Bagi yang kurang jelas, sila rujuk SOP utk automotif dibawah 'pusat pengedaran kereta'.

Suami saya tak dibenar bekerja pun masa lockdown ni. Kami akur. Tak ada pendapatan pun kami akur. Jadi kami ni nak cepat habis pandemik ni supaya boleh bekerja macam biasa. Bila ada yang tak betul depan mata ni, hati jadi sakit. 

Kalau macam ni bila nak habih? Saya tidak perlukan populariti ka, simpati ka apa. Tak reti pun. Ada kata saya fitnah, tetapi tak dak sorang pun sanggup buat laporan polis kata saya fitnah. Akhirnya Menteri Besar sendiri mengaku walaupun hat ni kata lagu ni, hat tu kata lagu tu. Cerita saya konsisten sebab bukan saja saya nampak, suami pun nampak sekali.

CUMA, satu ja yang membawa saya kepada penulisan ini... Disebalik kecaman, ugutan, tekanan.. Syukur... Masih ramai rakyat Malaysia dari berbilang bangsa yang menyokong Pada mula saya rasa kecewa, saya bersuara untuk kita semua tapi dilayan dengan caci maki. Kalau wujud Kluster Ford Raptor Nini Siron kita nak kena dok rumah lama mana lagi??? 

Tapi kekecewaan saya terubat dengan sokongan-sokongan yang saya dapat. Melayu, Cina, India, dari Sabah, Sarawak, Malaysian yang stay di oversea.. Sanggup pm untuk nyatakan sokongan.. Yang tolong berbalas di ruangan komen.. Saya puji semangat kalian.. Malaysia masih WARAS..

Hats off to everyone.. terima kasih lagi sekali. Semoga keadilan dapat ditegakkan bukan untuk saya pun tapi untuk rakyat Malaysia yang mahukan tiada lagi double standard. 

Pesan saya, nak pi mana-mana tolong bawa otak, jangan tinggai di rumah.