Lebih Banyak Teh Tumpah Di Twitter, Kali Ini Babitkan PA Pendakwah..
SEMASA | Satu account fake di Twitter, menggunakan ID @xxxx92370946 telah tular disebabkan mendakwa Pembantu Peribadi kepada seorang pendakwah terkenal telah berbuat onar.
Akaun fake itu memetik nama individu tersebut terang-terangan dan ketika post ini ditulis, ia telah diretweet lebih dari 1,000 kali.
Semakan dilakukan, akaun Twitter itu baharu sahaja dicipta lebih kurang 6 jam yang lepas. Individu itu juga mengakui masih muda dan mendakwa kejadian tersebut berlaku ketika beliau berumur 16 tahun, iaitu pada tahun 2019.
2019, dia jadi cikgu praktikal bm in my school. i was 16 at that time. here’s proof, dia kat tengah tengah tu ha smiling oh so happily. i’m covering our faces for privacy reasons. pic.twitter.com/NIjkUaMEmP— . (@xxxx92370946) July 21, 2021
Menurutnya lagi, akaun itu memang dicipta semata-mata mahu membuat pendedahan ini dan meminta agar orang ramai screenshot dan simpan bukti-bukti yang beliau telah dedahkan.
Menurut akaun fake itu lagi, selain isu yang beliau dedahkan, terdapat juga beberapa isu lain namun ia tidak didedahkan kerana itu urusan individu tersebut dengan Allah, tetapi isu ini (perbualan gay) adalah sesuatu yang beliau perlu dedahkan dan ia bukanlah boleh dianggap aib, sebaliknya adalah perbuatan lelaki sicko, katanya.
Warga Twitterjaya yang mengikuti kes ini, ada yang meminta bukti lanjut dan ada yang berusaha membuat semakan fakta dengan pihak yang didakwa terlibat dalam insiden tersebut.
Setakat ini PA yang didakwa melakukan perbuatan tersebut belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan balas. - 21 Julai 2021.