Caprice Maafkan Semua Yang Caci, Teruskan Live Malam Ini Di IG.
SEMASA | Live malam ini diteruskan walaupun sebelum ini Caprice telah membuat permohonan maaf terbuka kepada semua pihak termasuklah Ustaz Ebit Lew.
Pendedahan oleh Cap itu turut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia yang meminta semua pihak agar tidak berbuat andaian dan spekulasi sebarangan.
Ini kerana individu yang engkar tertakluk dibawah Seksyen 500, 504, 505 dan 233(3) Kanun Keseksaan.
Cap menerusi IG story, menjelaskan beliau akan mengadakan LIVE malam ini di Instagram pada 10 malam namun tidak menjelaskan samada LIVE itu nanti adalah berkaitan dengan apa yang telah beliau sebutkan beberapa hari lepas.
Ini memandangkan secara tiba-tiba beliau membuat permohonan maaf pada Isnin dan ramai beranggapan pendedahan pada 21 Julai dibatalkan.
Menurut Caprice, pendedahan yang dilakukan oleh Nadir matang berbanding dirinya yang terbawa-bawa dengan emosi.
Bagaimanapun Caprice menjadikan insiden tersebut sebagai satu iktibar untuk beliau belajar dan memperbaiki diri. Beliau juga memaafkan pihak yang memaki hamun dirinya di laman sosial beberapa hari lepas.
Caprice juga menyedari bahawa cara yang beliau lakukan untuk membuat pendedahan sebenarnya salah dan ia tak sepatutnya terjadi.
Agak-agaknya apakah pendedahan yang ingin disampaikan Caprice? Adakah meneruskan kesinambungan cerita dari Nadir ataupun ada kisah lain? Sama-sama kita tunggu episode seterusnya dalam drama realiti online ini. - 21 Julai 2021.