Nabila Huda, Awal Ashari Tibai Peguam Wakili Siti Bainun.
SOSMED | Pergaduhan netizens dengan barisan peguam yang mewakili Siti Bainun nampaknya turut mendapat perhatian golongan artis di negara ini.
Pelakon wanita Nabila Huda menyelar peguam Siti Bainun, sebagai gila glam (glamour) dan mencuba nasib untuk membuat rompakan sehingga gagal untuk menilai masa satu salah dan betul.
Kenyataan Nabila Huda itu dipetik menerusi ruangan komen Instagram jabatanetizennegara20 yang menyiarkan penjelasan Hafidzah Hassan kenapa peguam itu mewakili Siti Bainun dalam kes penderaan membabitkan kanak-kanak Sindrome Down Bella.
"GILA GLAM!! MANA KES-KES VIRAL, DIA AKAN MUNCUL, CUBA NASIB BUAT ROMPAKAN. KERANA TERLALU FIKIR UNTUK MEROMPAK, SAMPAI MATA JADI BUTA UNTUK NAMPAK MANA SATU BETUL ATAU SALAH. LOW CLASS.. SEMOGA KITA SEMUA DIJAUHILAH DARI PERANGAI BURUK BEGINI.. NAUZUBILLAH.. Marilah kita semua berdoa supaya mereka yang menganiaya dan menyeksa adik Bella akan dapat hukuman setimpal! #justiceforbella," katanya.
Selain Nabila Huda, pengacara Awal Ashari juga dilihat menempelak peguam itu.
"Gila Glam legit, certified," tulisnya di post itu.
Siti Bainun didakwa dalam pertuduhan dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siti Bainun didakwa sebagai pihak yang bertanggungjawab mengabaikan dan menganiaya mangsa sehingga mendatangkan kecederaan fizikal dan emosi.
Bella ialah kanak-kanak sindrome down yang dijaga oleh JKM semenjak berusia 7 tahun. Kanak-kanak itu diletakkan dibawah JKM selepas ditemui merayau-rayau sendirian tanpa penjaganya. Pada usia 12 tahun, JKM telah memberikan hak jagaan Bella kepada Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun selepas dimohon oleh wanita itu menerusi mahkamah. - 18 April 2022.