Saturday, June 2, 2012

Bayi 4 bulan yang hilang rupanya mati ditekup.

Sumber dari paper online the star. Baca kat sana malam semalam. Bayangkan ek budak 4 bulan mati ditekup? Budak 4 bulan tahu. 4 bulan. Apa budak 4 bulan tahu buat? Apa pun dia tak tahu buat.

Pada mula nya ramai orang menyangka bahawa budak tersebut mati dicekik oleh orang lain [penjenayah] yang mungkin berniat mencuri kereta suspect. Namun, sekarang spekulasi baru timbul. Kemungkinan besar budak 4 bulan mati ditekup oleh individu yang menjaga dia sendiri iaitu pengasuhnya.

Ini kerana polis mendapat maklumat bahawa pengasuh yang sama pernah terbabit dalam satu lagi kes kematian yang melibatkan bayi di bawah jagaan nya. Polis sedang menyiasat bagi mencari kaitan antara kedua2 kes tersebut. Kalau korang nak tahu citer asal dia begini.

Suspect berusia 42 tahun yang juga pengasuh bayi neh memberitahu kepada polis bahawa dia diculik oleh 3 lelaki yang dipercayai mahu merogolnya ketika sedang menampal iklan mencari pengasuh. Bayi 4 bulan [rujuk gambar di bawah] yang dia jaga, ditinggalkan bersendirian dalam kereta proton wira miliknya.

Dia kemudian nya dibawa masuk ke dalam kereta penjenayah namun berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari kereta tersebut sehingga menyebabkan dia patah kaki dan cedera di beberapa bahagian. Dia bernasib baik kerana ditemui oleh orang yang lalu lalang yang kemudian nya membawa dia ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Namun bayi jagaan nya hilang bersama2 kereta miliknya sebelum ditemui mati di dalam kawasan belukar oleh orang awam yang berjogging di kawasan sekitar akibat di tekup. Mangsa yang juga suspect menceritakan hal tersebut kepada keluarga bayi tersebut namun keluarga bayi tersebut berasa curiga dengan cerita suspect.

Lihat lah wajah comel bayi yang dibunuh kat bawah neh ;

Kisah sebenar aku tatau. Samada dia benar2 dibunuh oleh pengasuhnya ataupun dia dibunuh oleh orang lain. Tapi tak kira lah sapa pun bunuh dia, memang orang yang bunuh dia tue BABI.

Sebenarnya kes yang melibatkan pengasuh neh dah banyak. Dah banyak keluarga yang menjadi mangsa oleh sikap pengasuh yang tak bertanggungjawab. Ada yang cacat, ada yang sakit, ada yang patah itu neh, dan ada yang mati. Hilang nyawa. Ingat senang meh nak mengandung dan melahirkan anak last2 mati dibunuh pengasuh?

Memang itu satu kejadian yang menyedihkan.


Namun dalam masa yang sama persekitaran kita juga tidak selamat. Kita benar2 tidak selamat di negara neh walaupun pm kita sentiasa bercakap malaysia ialah negara yang aman damai. PDRM sentiasa berbangga2 mengatakan bahawa malaysia ialah sebuah negara yang selamat.

Sudah sampai masa nya untuk PDRM mengerahkan anggota mereka melakukan rondaan 24 jam sehari, non stop di semua kawasan yang wujud di malaysia neh. Bagi kawasan2 hitam yang cenderung berlakunya jenayah, harus lebih banyak anggota ditugaskan untuk meronda di sana. Dan pasang juga CCTV disemua tempat yang wujud di malaysia.

Lakukan secara sistematik jangan buat kerja cincai boncai. Jika kos besar diperlukan untuk memastikan keselamatan rakyat awam terjamin, aku percaya tiada mana2 rakyat akan marahkan PDRM. Kami mahukan jaminan keselamatan di malaysia neh. Ataupun sekurang2nya kami mahu penjenayah tahu bahawa mereka tidak boleh melakukan jenayah sesuka ahti lagi pada masa akan datang.

Tak guna duduk di pejabat ataupun pondok sahaja. Jenayah berlaku di mana2. Buat apa tunggu jenayah dapat melapor di balai kalau polis boleh melakukan rondaan berkala? Kita sedia faham bahawa jenayah mungkin tidak boleh dicegah sehabis-habisnya tetapi sekurang2nya jika PDRM melakukan rondaan, ia dapat mengurangkan kadar jenayah di malaysia.

Tak kiralah sapa pun yang bunuh bayi neh, samada oleh suspect = pengasuh dia, mahupun penjenayah, sudah sampai masanya untuk PDRM dan kerajaan melakukan satu tindakan yang drastik untuk membendung kes jenayah yang melibatkan bayi. Manusia itu bukan manusia lagi kalau bayi pun sanggup dibunuh.

Sozcyili : Samada pengasuh ataupun penjenayah yang bunuh bayi tersebut, dia memang benar2 BABI. 

Friday, June 1, 2012

Menteri memohon maaf kerana persembahan artis KPOP di Malaysia.

Akhirnya.



Mungkin kerana akur dengan teguran dan kritikan pedas pelbagai pihak terhadap KBS, menteri nya pada hari neh iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memohon maaf secara terbuka. Permohonan maaf nya boleh di ikuti kat bawah neh ;

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.

Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.

Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan," katanya.

Sebelum itu, Ahmad Shabery ke Hospital Putrajaya, melawat ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menyaksikan aksi drag, apabila sebuah kereta yang terbabit dalam perlumbaan itu terbabas dan merempuh penonton.

Ahmad Shabery berkata, kesemua mangsa kini berunsur baik dan kementeriannya bersama penganjur sukan itu akan menanggung segala kos perubatan mangsa.

“Perkara ini tidak akan dipanjangkan oleh pihak keluarga dan saya juga meminta agar ia tidak dipolitikkan.

“Kita tidak mahu menuding jari. Perkara sudah berlaku, dan kita akan pastikan ia tidak akan berulang lagi,” katanya.

Sementara itu, salah penonton yang menyaksikan kejadian dan mengalami cedera ringan, Mohd Norizam Mohd Rihani menyatakan, kemalangan itu turut berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.

Menurutnya, sebelum perlumbaan itu berlangsung pihak penganjur memberikan amaran, tetapi ia tidak dianggap penting dan dipandang ringan oleh setengah penonton.

Kita mengucapkan syabas kerana akhirnya menteri berlapang dada menerima teguran2 dari kita. Dan kita berharap pada masa akan datang, acara yang tidak berfaedah tidak akan diteruskan lagi. Jika benar2 ada keperluan membawa masuk artis luar negara, diminta agar mereka semua berpakaian sopan dan menari dengan rentak tari yang tidak keterlaluan. 



Sekurang2nya mereka harus diajar untuk menghormati budaya masyarakat umat islam di negara neh. Ini negara kita, mereka orang luar, jika kita tak ajar mereka untuk hormati agama dan cara hidup kita, maka siapa lagi. Betul tak?

Dalam pada itu kita berharap KBS juga boleh menjawab mengenai isu persembahan artis KPOP dibayar sebanyak rm2juta baru2 neh pada perhimpunan jutaan belia 2012. Rujuk sini.



Sozcyili : Sedar juga akhirnya.. moga2 diikuti dengan pelaksanaan..

Thursday, May 31, 2012

Luahan sedih bekas penghuni jabatan kebajikan masyarakat - Mesti tonton dan sebar !

Ya Allah swt..

Ini satu perkara sedih. Perkara yang benar-benar sedih. Ini ialah satu pengakuan yang perlu anda tonton, faham dan sebarkan.

Aku benar2 terkejut rupanya ada konspirasi macam neh. Dan yang lebih terkejut ia didalangi oleh institusi jabatan kebajikan masyarakat yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membantu kita. Ada beberapa perkara yang aku rasa sedih bila dengar luahan dia.

1. 18 tahun di jaga oleh jabatan kebajikan masyarakat.

2. Selepas berusia 18 tahun, mereka akan disingkirkan dari jabatan kebajikan masyarakat.

3. Mereka disingkirkan tanpa ada apa2 bantuan, pembelaan, ataupun sekurang2nya pimpin mereka agar mereka boleh hidup sendiri dan berdikari akhirnya.

4. Dia dijaga oleh kerajaan selama 18 tahun dan dia bersyukur kerajaan bagi dia makan selama neh. Tetapi dia sedih kerana berlaku penindasan dan ketidakadilan sepanjang 18 tahun dia dijaga oleh kerajaan.

5. Selain isu liwat, isu IC dan warganegara juga menjadi masalah besar.

6. Mereka yang dijaga oleh jabatan kebajikan masyarakat tidak memiliki warganegara meskipun terbukti lahir di malaysia.

7. Khairul juga pernah dijual oleh jabatan kebajikan masyarakat kepada pasangan warga cina dan agama nya mengikut pasangan keluarga tersebut.

8. Khairul juga pernah merempat 5 tahun selepas dikeluarkan dari institusi jabatan kebajikan masyarakat. 

9. Pernah dipukul kerana menegur kepincangan yang berlaku dalam institusi jabatan kebajikan masyarakat.

10. POLIS dan pegawai jabatan kebajikan masyarakat kebal. Anak2 yang tiada ibu bapa neh ditindas secara seksual. 

Lihat keratan printscreen kat bawah neh ;


Dan ini pula video penuh mengenai perkara tersebut. Memang menyedihkan. Ramai di antara mereka jadi pelacur dan sebagainya. Mereka ini anak2 kerajaan. Kerajaan sepatutnya memimpin mereka sehingga mereka benar2 boleh berdikari dan akhirnya membalas jasa kerajaan kembali.

Bukan nya buat kerja acuh tak acuh dan separuh jalan. Lihatlah akhirnya kerajaan juga akan dipersoalkan semula. Ini lah bahana nya bila wujud penyelewengan dalam menjalankan amanah rakyat. Kesengsaraan khairul dan beribu2 lagi yang menghuni institusi kebajikan jabatan masyarakat tidak boleh diabaikan.



Peminat nescafe? Boleh slurrppp? Nak cuba slurrrppp di facebook? 

Sozcyili : Kalau taknak bantu dengan betul2, lebih baik cakap je taknak bantu.. buat apa ko hulur tangan lepas tue ko patahkan tangan orang yang memerlukan bantuan tue?

Wednesday, May 30, 2012

Dr Maza mengulas isu Nizar - Sultan Johor..


Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan. Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri [err] tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.

Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;


Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.

Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.

Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. 

Kemaskini ;

TWEET DRMAZA di atas bukan mengenai isu no plat WWW. Ia hanyalah sekadar tweet umum. Harap neh boleh menjelaskan segala salah faham. Maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Klik sini.

Sozcyili : Tuan kita Allah swt bukan sultan.. betul kan?

Monday, May 28, 2012

Jawatan Kosong di Restoran Sekichan Ikan Bakar.

Tak faham aku. 

Bukan kah ada di antara restoran miliknya bakal di lelong pada hari rabu ini? Rujuk sini. Sekarang neh pula dia mencari pekerja? Ermm takpelah. 

Bagi anda yang berminat nak bekerja dengan datok jamal sambil2 mengumpul pengalaman boleh larh berbuat demikian dengan menghubungi mereka sebagaimana tertera kat bawah neh ;



Sekiranya berminat, sila hubungi Cik Faezah, di talian: 03-42575766 atau 


Jawatan kosong yang ditawarkan buat masa sekarang neh ialah ;

1. Pelayan

2. Tukang Masak

3. Pengurus / Penolong

4. Pemandu Lori

Berminat? Call larh no di atas tue hah.

Hahaha..

Sozcyili : Harga makanan mahal mesti gaji pekerja pun mahal gak neh..

Aksi panas budak sekolah kena kecam di youtube.

Heran aku.

 

Mana korang dapat video kat atas neh? Betul ke mereka sendiri yang upload di youtube ataupun kena naya?

First, video neh video lama. Aku dah tengok tarikh upload. Tahun lepas bulan 10. Masa tue komen tak banyak lagi. Tapi sekarang komen dan views semakin banyak. Dan of course komen kutuk mengutuk mesti paling banyak punya lah.

Aku takmo masuk campur or bekap sesiapa dalam isu neh. Cuma pada pandangan aku dorang neh budak2 lagi. Akal tak berapa cerdik nak berfikir dengan mendalam. Dorang tidak tahu bahawa setiap tindakan tidak matang akan mendatangkan akibat di kemudian hari.

Oleh kerana niat asal mereka neh sebenarnya bertujuan bergurau, mungkin dorang fikir kita hanya akan gelak2 je tengok video di atas. Aku pun gelak2 je neh. Dan aku tahu ramai juga orang gelak2. Tapi sayangnya tak seme orang akan gelak2. Bagi kita memang ia adalah lawak tetapi tak semestinya apa yang kita rasa, orang lain juga akan rasa hal yang sama. Disitulah masalah mulai timbul.

Apa pun, aku berharap lainkali jangan ada gurau-gurauan macam neh lagi. Bukan apa, memang korang takde apa2 niat yang jahat tetapi mulut orang biasalah mana boleh dikawal2 kan. Aku tengok ada jek yang melabel bebudak neh dengan gelaran yang bukan2. Kenal pun tidak dah label melabel. Tah2 orang yang label melabel time dia jadi bebudak sekolah aksi dia lagi teruk dari perangai budak2 kat dalam video atas neh.

Hahahaha.

Apa pun, gurauan kena ada batasan nya. Dan kalau boleh biarlah gurauan2 seperti neh berlegar2 di kalangan rakan2 korang jek. Tak usah bawa ke youtube. Biasalah kita hidup bermasyarakat neh pandangan setiap dari kita tak sama. Moga adik2 yang bergurau dalam video neh boleh jadikan video neh sebagai iktibar dan pengajaran agar ber-ahti2 dalam setiap tindakan pada masa akan datang oke. Fikir dulu sebelum post. Oke bai.

Sozcyili : Aku memahami ia sebagai lawak jek..

Sunday, May 27, 2012

Restoran Sekinchan Ikan Bakar di lelong.


Notis lelongan awam.

Hermm.. kena lelong ye? Ini baru lagi tau. Lihat tarikh yang dicatatkan melalui notis lelongan awam di atas. 31 mei 2012. Maksudnya bakal di lelong bukan telah di lelong. Barang2 dalam restoran sekinchan ikan bakar ini di lelong sebab nak mendapatkan wang tunai sebanyak rm31,000.

Kenapa nak dapatkan rm31,000? Mestilah sebab nak bayar hutang. Sebab tue larh di lelong. Kalau ada duit nak bayar hutang takdelah kena lelong. Tapi pelik juga kenapa pula datok jamal boleh senang ahti masuk tv, berdemo kutip duit orang sana sini sehingga mencecah beberapa ribu, lepas tue siap cakap nak tawarkan hadiah kereta mewah yang berharga ratusan ribu kepada pengLIKE facebook page tetapi hutang rm31,000 tak boleh nak bayar pula?

Hahaha.

Buat lawak ke apa ek? Hairan betul aku. Betul2 menghairankan dan rasa sangat2 pelik. Apa sebenarnya yang sedang berlaku neh? Ada sapa2 tahu misteri di sebalik perkara ini tak?

Sozcyili : Hutang 31k takde duit nak bayar tapi boleh bagi orang kereta mewah?
 

Sozcyili Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger