9 Rumusan & Persoalan Untuk Nadir Dan Pasukannya Di Gaza.
Imran Skarface | 9 Rumusan dan Persoalan daripada pendedahan UEL tentang Nadir dan pasukannya di Gaza.
1) Kenapa 'kertas kerja' quote USD40 sekotak, tapi ada yang boleh quote USD20 sekotak?
2) Kenapa cakap membazir beli barang di Cairo, padahal banyak barangan di Cairo tiada di Gaza seperti medical devices etc?
3) Kenapa cakap barang beli di Cairo akan tersadai sampai busuk di sempadan, padahal kalau ianya lalu Red Crescent akan tiba ke Gaza tanpa masalah?
4) Kenapa mengaku jadi orang kuat Red Crescent sedangkan wakil Red Crescent tu pun cakap kenal Nadir pun tak berapa rapat?
5) Kenapa Nadir yang tak initiate salam dulu, takkan tak tau orang tu patah riuk 21 jam dalam kenderaan, ke tandas pun tidak, solat pun tak sempat sebab nak ke Gaza?
6) Hari tu kata nak bina rumah anak yatim, la ni kata kat UEL: Gaza tak ada keperluan rumah anak yatim?
7) Ratusan ribu dolar ke Hala ni petik dari mana?
8 ) Apa bukti 20 juta sumbangan orang ramai dah disalurkan ke Gaza? Atau masih 'tersadai'?
9) Mana bukti audit perbelanjaan NGO Nadir?
Semoga pasukan Nadir ada jawapan tuntas yang akan dipersembahkan kepada kita semua. - 22 Julai 2021.