t>

Breaking News

Kes pembunuhan kejam, sosilawati, ada mayat yang ditanam!

Rupanya mayat bukan hanya dibakar, dan dibuang abu nya ke sungai, dengar cerita ada yang ditanam.. taktahu la mayat sapa yang kena tanam, tapi yang pasti jentolak neh akan merungkai seribu misteri tentang suspect utama yang cukup kejam neh..


Beberapa update tentang kes pembunuhan kejam sosilawati dan tiga individu yang lain (bukan tiga padahal ramai dah dia bunuh)

- Peguam suspect utama menyelar pihak polis atas layanan buruk yang diterima oleh suspect utama. (Pergi la mampos, layanan bunuh yang diterima oleh semua mangsa sapa pula nak jawab?)

- Peguam juga menamakan anak guam dengan panggilan Datuk. Kalau pihak polis sebelum neh menafikan suspect seorang datuk, bagaimana mungkin peguam suspect utama menamakan anak guam nya dengan gelaran datuk? sapa yang sedang menipu neh?

- Suspect utama sebelum neh pernah menyatakan kepada media bahawa dia tidak bersalah ketika dibawa ke pejabat nya untuk mengambil bukti. (Sapa percaya dengan sang penipu neh?)

- Kesemua suspect utama telah dibawa ke hospital untuk menjalani ujian DNA.

- Kes pembunuhan kejam sosilawati kini dikaitkan dengan kes pembunuhan jutawan dari india, dan kehilangan seorang ahli perniagaan melayu, sebelum neh kes ini telah dikaitkan dengan misteri pembunuhan isteri (bangsa india) seorang pemilik bengkel kereta yang telah dibunuh di hadapan rumah suspect utama.

Ameno : Polis dah sita semua harta benda suspect utama.. tetapi kalau harta benda suspect utama bukan atas nama dia.. macam mana? adakah semua harta benda dia dah disita keseluruhan nya? sudah tentu tidak.. dan apa yang amat dikesalkan ialah pihak polis masih gagal mengesan sembilan kereta mewah suspect utama yang telah berjaya disorokkan. Ini bermakna pengikut2 suspect utama masih bebas dan ada diluar sana. Rasa tak selamat la duduk kat malaysia bila tengok senario macam neh..

1 ulasan

misteri berkata...

time cite mcmni,xde sape plak yg nk komen????klu bab mengutuk org,mengumpat org,memfitnah org,bkn men rmai plak yg tukang komen,tukg canang n tukang penambah perasa n penyedap cerita...