Hillary Clinton tak berhak nasihatkan kita soal islam lah!!!
Menonton berita di tv3 ataupun lebih tepat dikenali sebagai tv3 suku, menerusi rancangan buletin utama benar-benar menguris naluri seorang muslim seperti saya. Saya kira tv3 agak melampau kerana membiarkan hilary clinton mengutuk para pejuang islam yang sanggup berjihad demi mempertahankan tanah air mereka.
Hilary dalam satu forum yang diadakan oleh media prima mengulas bahawa kita tidak boleh membiarkan manusia menggunakan agama demi kepentingan politik. Dan ektremis agama perlu dibendung kerana ianya akan merosakkan masyarakat. Jelas, hilary merujuk kepada apa dan siapa.
Apakah maksud ektremis agama bagi hillary itu sama seperti yang ada dalam kepala hotak kita? Dalam kepala hotak kita ektremis agama ataupun lebih tepat, pelampau agama ialah seperti berikut ;
- Seseorang ataupun sekumpulan yang konon nya memperjuangkan islam dengan cara terlampau-lampau, ataupun terlebih-lebih sehingga lari daripada tuntutan Nabi saw itu sendiri, iaitu berserdahanalah kamu dalam kehidupan. Sampaikan taknak kerja, taknak cari nafkah sebab nak beribadat sehingga anggota keluarga merana kemiskinan, benci kaum kafir keterlaluan semata2 mereka bukan islam, bunuh semua orang bukan islam semata2 mereka bukan orang islam dan apa-apa perkara yang telah lari dari konsep keserdahanaan dalam islam.
Itulah adalah pandangan kita. Bagi kita, berkawan dengan orang kafir tidak salah. Membeli dan menjual barang dengan orang kafir juga tidak salah, meskipun kita tahu di malaysia, masyarakat cina lebih suka membeli dari cina daripada kaum melayu (Ini hakikat dan saya mesti cakap sebab saya jujur), satu sekolah dengan orang kafir juga tidak salah, malahan jika duduk serumah dengan orang kafir (sekaum) juga tidak salah sebab apa? sebab kita berserdahana dalam perbuatan kita menurut pandangan islam. Apa yang penting, yang haram kita tinggal, yang halal kita buat, yang harus kita pilih, yang sunat kita usaha. Namun, ektremis bagi pandangan hillary clinton ialah begini ;
- Apa-apa juga perkara yang ada kaitan dengan islam, dengan janggut, dengan pakaian yang menutup aurat, dengan tudung, dengan kehidupan menurut syarak dan syariat islam dan sebagainya (memenuhi tuntutan islam) adalah ektremis. Bila pergi kerja pakai tudung kita ialah ektremis. Bila beribadat (bersolat zohor dan asar, apabila waktu kerja) ialah ektremis. Berjihad disebabkan penduduk di satu-satu kawasan, diserang, dizalimi, ditindas, dirogol, dibunuh, itu adalah ektremis.
Saya terpaksa cakap, yang saya benci kepada mana-mana pemimpin amerika syarikat disebabkan sikap talam 1,000 muka. Saya tidak peduli, betapa kaya nya mereka. Saya tidak mahu ambil kisah betapa besarnya negara mereka, ataupun betapa maju nya teknologi mereka. Apa yang saya ambil peduli ialah ;
- Mereka mencuri karya umat islam, dan mengakui itu adalah karya mereka sendiri, sejak dulu lagi.
- Mereka mencuri penemuan orang islam dan mereka mengakui itu adalah penemuan mereka sendiri.
- Mereka menciplak hasil ciptaan umat islam dan mereka mengatakan bahawa mereka la manusia genius.
- Mereka mengkafirkan iskandar zulkarnain sebagai alexender the great, Nabi Isa sa, Nabi Musa sa dalam filem2 dan setiap drama mereka. Di manakah rasa hormat mereka kepada Nabi2 sa dan para pejuang islam kita? Tiada.
- Dan mereka sibuk suruh kita menghormati mereka? Mereka boleh pergi mampos.
- Kesimpulan mereka tak layak dihormati. Saya tak harap pemimpin kita tunduk kepada mereka. Jalinan kerjasama itu perlu, saya faham. Kerana perkara itu sudah terjalin sejak dulu lagi. Cuma, janganlah biarkan mereka bercerita pasal islam di malaysia sebab mereka bukanlah masyarakat yang paling layak sedangkan mereka la manusia yang paling suka membunuh umat islam.
Dan apakah pula maksud hilary clinton menggunakan agama demi kepentingan politik? Adakah maksudnya sama sepertimana yang ada dalam kepala hotak kita? Bagi kita yang menggunakan agama demi kepentingan politik ialah ;
- Seseseorang ataupun sekumpulan yang berlagak alim di depan, sedangkan dia adalah manusia yang bersikap seperti syaitan di belakang. Alasan dia menggunakan agama adalah untuk mengaburi pandangan mata kita bahawa dia adalah manusia yang alim sangat, dan seterusnya meraih sokongan dari kita.
Bagi Hillary clinton dan mungkin kebanyakkan penyokong2 tegar umno pula ialah ;
- Seseorang ataupun sekumpulan yang kerja dia tak habis-habis berdakwah pasal islam. Itu haram la, ini haram la, berzina itu dosa la, jual arak haram la, dan sebagainya. Selagi mana kumpulan ini menegakkan yang haq dan membanteras kebatilan meskipun dikecam teruk, mereka tetap dianggap cuba mempergunakan agama bagi menghalang masyarakat mempercayai kata2 mereka, dan menentang kezaliman pemerintah. Dan apabila masyarakat bergabung atas nama agama iaitu islam, berpadu dan bersatu, nescayalah mereka (barat, dan seluruh kaum yang bencikan islam) akan takut dan gentar. Tujuan mereka cuma satu, iaitu memecahbelahkan islam, selagi mana kita tidak bersatu, tidak menurut perintah Allah swt selagi itu kita lemah. Tak guna hanya kita yang sedar, kita perlu berusaha untuk sedarkan seluruh umat islam sebab apa? sebab itu perintah Allah swt.
Anda faham itu? Jika kita mahu tahu apa itu islam maka tanyalah Allah swt, bukan hillary clinton, bukan najib dan bukan juga anwar ibrahim. Bila bercerita soal keadilan pula, saya harap DSAI boleh lupakan la menggunakan khidmat amerika neh. Mereka bukan sapa2 pun pada kita. Kita semua sama sahaja pada Allah swt, insya-Allah, Allah swt lebih tahu dan lebih berhak menentukan keadilan buat kita. Berusaha sedaya yang mungkin untuk membebaskan diri daripada fitnah. Tapi tak perlu la mendambakan pembunuh2 umat islam untuk bersuara bagi pihak anda. Suara mereka adalah suara yang kecil di dunia dan di akhirat. Suara yang paling besar ialah suara ketika kita umat islam berpadu tenaga menentang kezaliman. Ingat tue.
Ameno : Tak suka bila pembunuh no 2 umat islam selepas israel cakap macam bagus pasal islam.
10 ulasan
Sokong 100% Artikel nie.... Benci watak pemimpin2 Amerika yang perasan hebat.Lagipun, Amerika + Yahudi = Israel.
SOKONG LUH ACIK...BRAVO!!!
betul..
ape die tau pasal islam? die x layak langsung nk cakap psl tu
Saya tak suka ble malaysia terlalu rapat dengan US lah..
saya pun sokong Ameno! mereka x paham ape yg kita paham. mereka x berimaginasi sebagaimana kita berimaginasi.
tu yang hangpa duk sayang peluk cium ngan Khalifah Guan Eng tu.. dia Islam ka? Pelik la angpa.. duk kata orang sendiri pun sama..
Says x mewakili mana2 parti politik..kepada Hamba Allah yg br komen ni, cuba baca semula artikel di atas...BACA SEMULA..paham kan..baca guna akal fikiran..saye harap IQ anda tahap boleh membaca dan berfikir..
Apa saja buah fikiran dr org ramai,kita baca, dan nilai..yg baik jd kan tauladan,yg jahat, jd kan sempadan..
Sesetengah pihak suka mempolitikkan semua benda..ada masa,kita cuba tgk sesuatu perkara dr sudut yg berbeza..
Kalau saya nak buat kesimpulan melulu,saya akan kata,saudara/i sokong apa yg dikatakan oleh H. Clinton..
Mcm saya kata td,kita baca, fikir, ambil yg membawa manfaat pd diri kita sdri..
kita org melayu masih belom sedar lagi...saya bukan nak komplain pasal dunia luar..tapi lihat saja d negara kita..
kenapa org melayu suka sgt menguntung kan orang cina..cth nya benda simple..nak repair keta/motor g kedai cina..sedangkan kedai melayu byk..g bli brg2 suka g giant/tesko...sedangkan kedai melayu byk..nak bli perabot pon g kedai cina..dan mcm 2 lagi..cuba kita pikir..kalu orang melayu tlg melayu..cina takan hidup berniaga d negara kita ini..mejoriti melayu yang ada d malaysia ni saya perhatikan x sedar akan perkara ini..pikir2kan lah..saya dari dulu lagi x suka berurusan dgn cina ini..Bersama kita sokong perniagaan melayu ini..Sedarlah Melayu
as salam, mereka berasaskan kepada akal..kita berasaskan kepada hadis dan alquran..kita tidak pernah masuk campur dlm urusan agama mereka dan mereka pun sebaliknya..kita perlu takut pada allah..bukan pada makhluk, sebab allah yang berkuasa..bukan makhluk..kita dipinjamkan didunia sementara..60 thn, 70 thn, 80 thn, yg kekal akhirat..balik rujuk kaji dan fahami alquran dan hadis barulah kita berjaya..hanya allah dapat membantu kita, bukan mereka..
(tazkirah utk dr sy sendiri yang sgt lemah dan juga saudara seislam)
pergh ni dah semakin paness
Catat Ulasan