t>

Breaking News

Jom lawan kiamat..


Okey this time i would like to share some knowlegdes about tanda-tanda kiamat. Kecil dan besar. Untuk kita hargai, renungi dan fikirkan bersama-sama. 

Telah dinyatakan bahawa tanda2 kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda2 kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbezamenurut para penghitungnya.

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi.

tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:


1. Penaklukan Baitulmuqaddis (Isu palestine)

Dari Auf b. Malik r.a., katanya,

"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 

2. Zina bermaharajalela (Kelab malam, judi sukan)

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik. (Tak tutup aurat, tak reti jadi imam)

4) Bermaharajalela alat muzik. (Akedemik fantasia, mari menari, pertandingan nyanyian)

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah

5) Menghias masjid dan membanggakannya (Jadikan masjid pusat pelancongan?)

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam 
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik 
(sesama muslim bergaduh pasal politik, kuasa dan etc)

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, 
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan (Tuntutan kehidupan, ekonomi, bila terpaksa jadi pandai/berilmu utk terus hidup bersaing di dunia ini)

8) Ramai orang soleh meninggal dunia (Mudah-mudahan kita meninggal cepat!)

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad 

9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat ( Dah ramai berlaku)

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang (IFF ke?)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."



tanda-tanda kiamat besar:

1) Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.

2)Lahirnya Dajjal.

3) Keluar asap tebal.

4) Turunnya Nabi Isa a.s.

5) Kemunculan Imam Mahdi.

6) Matahari terbit dari ufuk barat.

7) Keluarnya suku Ya'juj dan Ma'juj.

8) Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik

9) Runtuhnya Ka'abah

10) Terdengar tiupan sangkakala pertama.

11) Ada azan tak di jawab

12) 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab

Kesimpulannya, daripada kita bergaduh sesama sendiri, lebih baik kita fikirkan cara untuk menjadi generasi yang lebih baik, sama2 kena berlapang dada menegakkan islam yang sebenar-benarnya di bumi Allah swt.. boleh kita semua bersatu demi Allah swt?

All information neh aku gather dari link ini. Kalau anda ada nampak apa2 yang tidak betul, jangan segan2 tegur dan memperbetulkan ia.

Bagi korang yang nak memupuk rasa takut terhadap azab Allah swt, boleh saja masuk 

Tanda-tanda kiamat 
Tanda-tanda hampir kiamat 
10 tanda kiamat yang besar 

Ameno : Umat islam hancur dek kelalaian sendiri, bukan bangsa lain. Menyalahkan bangsa lain atas kelemahan umat islam adalah alasan yang paling dangkal sekali.  

6 ulasan

syapik berkata...

harap admin dapat susun tanda2 kiamat besar ikut turutan. sbab xkan la nabi Isa a.s. turun dulu baru imam mahdi muncul..

anyway, 1st.

Anonymous berkata...

mmg nabi isa turun dulu then bru munculnye imam mahdi

Lau Tze berkata...

takbir

Anonymous berkata...

bro,jgn guna tajuk " Jom lawan kiamat.."..bahaya tu
kalo bole tukar jadi "jom kenal tanda-tanda kiamt"
ingat,kita xleh lawan kiamat,kita xde kuase nk tangguhkan hari kiamat,kita x leh nk hentikan kiamta
tu sume dh dinyatakan dalam Al-Quran
apa yg kite leh wat adalah mencari bekalan iman dan taqwa utk hari kebangkitan
minta maaf jika hati tersinggung

Anonymous berkata...

takutnyaaa....lagi takut dgn kehancuran akhlak dan moral umat2 islam sendiri...patutlah Nabi Muhammad s.a.w risau waktu wafat utk meninggalkan umatnya....dia dah tahu apa yg bakal terjadi kepada kita di akhir zaman nnt....

Ya Allah berilah kami petunjuk hidayah dlm kesesatan yg kami lakukan..amin...

suhaimi berkata...

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.