t>

Breaking News

Ron 97 Naik 5 sen lagi Yahooooo !!! Minyak naik 1Malaysia kena belit!



Minyak naik lagi.. apa yang kita boleh buat? marilah kita Yahooooooooooooooooooooooo ! hahahahah.. Demi menara warisan dan hub kelab malam (yang konon nya guna dana swasta) maka inilah padah yang rakyat terima.. yahoooooooooooooooooo...


baca berita di bawah ini ;

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.
Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan.Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.


Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang sekiranya subsidi tidak dikurangkan.Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

Untuk rekod,  RON 97 Naik mula2 rm2.00 kepada rm2.05, kemudian rm2.10 (tiada pengumuman) dan kemudiannya 2.15 (yg ini juga tiada pengumuman) kenaikan senyap2 ini diklasifikasikan oleh kerajaan sebagai harga mengikut sistem apungan ketika kerajaan menaikkan harga 5 in 1 (bukan syampoo okey).

Ini bermaksud, mengikut sistem ini, kerajaan berhak menaikkan harga 'ikut-suka-aku-lah' pada bila-bila masa mengikut kesesuaian tanpa memberitahu/mendedahkan kepada rakyat marhaen.

Dalam erti kata lain kerajaan menganggap begini 'ade aku kesah' kalau rakyat nak bising ke? memekak ke?sebab apa? sebab sebagai rakyat kita ialah kuli batak kepada pemimpin-pemimpin negara kita.. hahahahahh


Untuk rekod idris jala pernah mengatakan negara kita bakal bankrupt pada 2019 setahun sebelum wawasan 2020, jika subsidi tidak dimahsuhkan. Akan tetapi beban hutang negara semakin bertambah, dan kerajaan masih tegar membina projek yang tidak perlu seperti menara warisan dan hub hiburan malam. Andai benar, kerajaan menggunakan dana swasta, maka kenapa pada ketika ini kerajaan naikkan harga minyak senyap-senyap tanpa pengumuman pula tu?

Ameno : Barisan Nasional atau Barisan Naik?

7 ulasan

Anonymous berkata...

Biar lar ron 97 yang naik.. aku pakai ron 95 jer... kalau bantah pung dia wat naik jugak... mmmm

Anonymous berkata...

Adakah kemungkinan selapas ini giliran RON 95 pula menyusul?? mmm...

toru anaqi berkata...

terima kasih kerajaan..saya bangga memiliki kerajaan seperti ini..

ternyata bertepatan dengan tema 1malaysia...rakyat didahulukan...

ternyata rakyat didahulukan...bagus2...

syabas kepada pemimpin2 kerajaan malaysia....

terima kasih..

(terharunya..smpai xleh nk taip panjang2...gembiranya rasa...)..

Anonymous berkata...

mmg minyak akn naik..nk negara muflis or nk minyak naik??

Anonymous berkata...

Kadang2 kita merasa tk logik bahawa wujud manusia yg mempunyai fikiran sedangkal awak ni.

Kalaulah pentadbiran negara ini boleh dibuat mainan dan ujian, mungkin kita blh bg kpd awak untuk sehari dua. Kita tgk betapa hebatnya awak nanti jika diberi tanggungjawab dan kuasa.

Semasa diumumkan kenaikan 5 in 1 tu, sudahpun diumumkan bahawa minyak RON97 akan di tambat kpd harga dunia iaitu akan 'free float'

Minyak skrg brapa dolar setong? Tahu ke semenjak pengumuman tersebut minyak dunia sdh naik brapa kali?

Sedar ke di seluruh dunia ini harga minyak naik? Dan negara yg tidak menaikkan harga minyak di pam adalah negara Arab yg tk berpijak di bumi nyata. Itu pun kerana minyak mereka masih banyak dan penduduk tidak ramai.

Apa cadangan awak nak bagi harga minyak turun? Jgn pandai mengata dan bercakap klu setakat nak memburukkan orang sahja.

ASRI.

farid_060 berkata...

'sila bg tau' daaaa klau naek rege...aku isi RON 97 pun x prsan naek lagi 5sen jd RM 2.15. jgn le 'senyap2 aje', yang penting pihak berwajib ade 'KEIKHLASAN' nk bgitau walaupun nk kurangkn subsidi ke, ikut harga apungan/dunia ke, ape2 alasan la pun. klau gitu aku amik wet blnja dr mak bapak aku, naik RM1 setiap seminggu x bgitau haha...memenuhi tuntukan harga brg mkn!

Anonymous berkata...

rakyat didahulukan untuk merana

perut kami [kerajaan] dibesarkan