t>

Breaking News

[E-book percuma] Tutorial TIPU MELAYU untuk kaya dalam masa 1 minit.

Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk menolong orang melayu semata-mata. Saya tiada niat yang keji ataupun jijik. Saya ikhlas demi nak bantu bangsa melayu. Saya ikhlas demi nak mengkayakan orang melayu.



Disini saya akan SHARE dengan anda sebuah RAHSIA EBOOK UNTUK KAYA SEGERA dengan PERCUMA. 

Empat orang pakar perniagaan internet kini sudi memberikan informasi ini secara percuma tanpa bayaran waima satu sen sekalipun untuk anda semua !!!


Kepada anda semua yang sedang membaca ;

Saya percaya anda semua sudah lali melihat pelbagai kebanjiran ebook di pasaran internet kan? 


- ada ebook yang tawarkan anda peluang untuk buat biz MLM.

- ada ebook untuk jual maklumat customer sasaran.

- ada ebook untuk ajar anda master program affliate.

- ada ebook untuk ajar anda buat marketing bagi menjana pendapatan.

- ada ebook untuk ajar anda cara-cara buat duit online.

- ada ebook untuk ajar anda buat ebook.

dan pelbagai lagi ebook demi ebook yang berbeza tajuk. Tetapi bila anda membeli ebook tersebut anda dapati ebook tersebut ada yang tidak lengkap, ada yang tah hapa-hapa, ada yang sama dengan kandungan ebook lain sehingga lama kelamaan anda rasa bosan dan jemu. Duit pula makin kering. Anda pula gila nak kaya cepat. Ada yang teringin nak kahwin tanpa susah payah kerja berat-berat buat bayar hantaran kahwin.  Ada yang teringin nak beli kereta tanpa perlu usaha berkerja.  Ada pula yang beria-ria nak hidup kat rumah besar sampai boleh sumbat ke lubang kubur. Ada pula yang berkobar-kobar nak hidup senang hingga lupa niat sebenar kenapa Allah swt jadikan manusia. Heh. 

Namun jangan risau. Masalah anda akan selesai. Saya akan bantu anda. Percuma. Ya betul ianya PERCUMA. Anda tidak salah baca. Berdasarkan kepada ketamakan anda yang beria-ria nak kaya segera maka lahirlah ebook ini. E-book ini diberikan nama e-book tamak haloba. E-book ini ditulis oleh 4 pakar internet. Dan empat pakar internet ini pula telah mengonlinekan ebook ini untuk dihadiahkan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk kaya sambil goyang punggung. Mari kita lihat apa kata pakar perniagaan internet yang pertama ;

1.  Sin-chan kaya nak mampus. [Pakar penipu antarabangsa]

Hai, saya sinchan, dan saya sangat kaya nak mampus. Disini saya akan share skill untuk menjual barang yang bermodal rendah dengan harga mahal nak mampus demi untuk kaya nak mampus. Saya dah lama menceburi bidang internet dan saya sangat berkaliber dalam selok belok menipu orang awam. Kalau saya tak mahir masakan dengan mudah saya boleh menipu orang dengan menjual barang dengan harga mahal nak mampus kan? Saya sering dijemput ke forum-forum dan telah berjaya menghasilkan sejuta buku dengan pelbagai tajuk bagi mengsharekan teknik-teknik menipu orang [khusus orang melayu yang tamak dan haloba]. Jika anda mahu belajar skill menipu bolehlah download ebook ini secara percuma dan sebarkan pula kepada rakan-rakan yang lain agar mereka boleh kaya nak mampus sepertimana saya.


[Ulasan penulis] Encik sinchan neh saya dah kenal lama, dia memang pakar tipu menipu, dan setelah memujuk dia berbulan-bulan lamanya barulah dia sudi share kepakaran menipu melalui ebook tamak haloba neh. Yang membuatkan saya sakit ahti dengan encik sinchan neh ialah,  skill menipu dia lagi hebat dari saya meskipun saya dah praktis berkali2.  Encik sinchan neh selalu keluar masuk tv, tak percaya tengok tv 107 [astro] setiap hari sabtu jam 7. Disitu dia akan share pengetahuan dalam skill selok belok mencari rezeki menipu,  kira nya dia neh masuk tahap international lah. Selepas anda download ebook neh saya percaya anda akan lebih mahir menipu dari encik sinchan. 


2. Nobita the stupid. [Blogger review kaki auta]


Hai, saya nobita the stupid. Saya suka membuat pelbagai review tentang cara-cara buat duit melalui internet. Saya sering dijemput untuk membuat pelbagai review. Baru-baru ini berita hairan, utusan meloya,  kosmo-kismis, ada menjemput saya dan meminta saya berkongsikan tipsi untuk membuat duit melalui blog. Sebenarnya tak susah nak buat duit melalui blog, hanya perlu letak iklan nuffang, innity ataupun adverlets tetapi tah kenapa melayu bodoh sangat sampaikan nasihat macam neh pun kena beli ebook. Disebabkan kebodohan melampau oleh mereka lah saya telah memanipulasikan ia dan menterjemahkan ia kepada duit untuk saya raih pendapatan 2,000 - 5,000 sebulan. Selain dari itu saya juga akan review beberapa product ebook dan memuji-memuji nya melambung tinggi-tinggi agar mereka yang baca akan rasa tersentap dan teruja untuk kaya cepat. Untuk lebih membuatkan mereka cemburu saya akan upload gambar account bank saya supaya mereka cepat2 tertarik membeli ebook yang saya reviewkan. Semoga dengan terlancarnya ebook percuma tamak haloba ini, para pembaca bolehlah belajar semak skill menipu review saya untuk memastikan lebih banyak umpan masuk perangkap. 


[Ulasan penulis] Setelah mengikuti ebook ini (dulu kena beli bhai) barulah saya tahu rupanya hanya perlu letak beberapa iklan kat blog dan perlu berpakat dengan rakan bloggers saling puji memuji bagi menaikkan rating blog masing2. Saya sangat cemburu dengan anda kerana encik nobita the stupid hanya memberikan informasi ini secara percuma kepada anda. Gosh!! I am jelous dudee..


3. Mr. Gadget stainsteel [Pakar affliate tipu orang tempatan]


Hai,  saya mr.gadget dan lebih dikenali sebagai stainstell. Seorang pensyarah namun tak puas dengan gaji yang diterima membuatkan saya tertarik menyertai program affliate, tipu melayu utk tolong diri sendiri. Heh. STOP! Jika anda mahu mencari wang dari sumber yang halal, eloklah berhenti baca artikel ini. Artikel ini hanya khusus kepada mereka yang ingin kaya segera dan mampu mempelajari teknik selok belok menipu dengan pantas bagi meraih pendapatan 5k. Jika mahu tahu bagaimana saya jana pendapatan secara part-time melalui internet, sila download ebook tamak haloba ini secara percuma. Pelbagai rahsia saya akan share buat anda semua. 


[Ulasan penulis] Mr. gadget neh hebat taw.  Tak tahu melayu mana yang bodoh selalu derma duit kat dia tiap2 bulan sehingga dia kaya segera. Heh. Apa yang lebih hebat ialah hanya kaum melayu je beria-ria masuk program affliate dan mahu kaya tanpa jual apa-apa barang melainkan belajar teknik menipu untuk kaya cepat. Dan yang paling best sekali ialah dia akan ajarkan ialah teknik langsung tak makan 'masa'  bila buat program affliate. heh. Hebat kan? Itu yang saya cemburu sangat.


4. Saya sendiri => TOTO tolong orang tipu orang. [Pakar menjahanamkan orang melayu]


Saya juga salah seorang penyumbang tenaga, artikel dan idea dalam ebook tamak haloba neh. Nak tahu tipsi apa yang saya bakal share supaya anda semua boleh kaya seperti saya? Jangan lupa dowload ebook ini secara percuma di sini ==> Ebook tamak haloba dan bacalah satu demi satu rahsia perniagaan internet.  Ayuh segera dapatkan ebook ini kerana ebook percuma ini hanya terbuka untuk 1 pembaca. Selepas 1 pembaca berjaya merebut peluang keemasan ini, anda kena beli. Harga ebook ini tidak mahal. Murah je. Nak tahu berapa? Call saya disini
019-000 0001 ataupun hubungi saya disini toto@gmail.com


Jangan lupa lihat testimoni-testimoni kat bawah. Di bawah ini program mencari pendapatan menerusi internet melalui kaedah -melayu tipu melayu- Disebabkan ebook2 seperti inilah usahawan2 internet seperti contoh2 dibawah ini muncul non-stop untuk menipu melayu2 di malaysia.








Amaran : Segala kandungan artikel ini boleh diciplak, boleh dicedok dan boleh dicopy paste berkali2 tanpa perlu memberikan kredit kepada penulis asal, kerana penulis asal bukan cari kredit.
 



Ameno : Belajar marketing bhai, marketing. Kah kah kah

16 ulasan

sarzli berkata...

jgn beli sebarangan ebook..pastikan ianya btol2 bergune

Anonymous berkata...

aku ingatke apa tadi..nasib baik aku orang pas..kalau orang umno takkan faham ni..
Member fb ko -lau tze-

Anonymous berkata...

menarik... e-book ini sgt berkesan..

Anonymous berkata...

Terasa... hahahah... Tertipu dengan JUTAWAN INTERNET!! JUTAWAN TAIK KUCING!!!! PI MAMPOSLAH JUTAWAN INTERNET!!!! KERJA KO MENIPU AJER

bakery berkata...

baik beli technical book/technical ebook..pastu blaja skill, n dgn skill tu leh guna wat duit..daripada bli ebook nk jadi kaya cepat..[hmm, tp ebook teknikal ni banyak yg free pulak..hmm **wondering]

The Poyo Me berkata...

ade e-book cara-cara jadi perdana menteri tak? saya nak beli untuk abam kesayangan saya, Anuwar Ibrahim.ngee

MrJayy berkata...

sejibik terkene atas kepala mereka yang betol2 manipulate rakyat Malaysia.so, berhati2 membeli ebook.Ilmu itu bagus dipelajari, p jgn sampai membazir. :P

yukbuatBLOG berkata...

Refresh, Interesting & Cynical! Congrats to the writer!

DiNieezyANe berkata...

yang ini memang bagus. cepat sikit kaya lepas ni.

Anonymous berkata...

sistem 4D : Duduk Diam Dapat Debu

hollowgram berkata...

entri yang amat-amat berguna..

memang menginsafkan aku.

Katharine Towne berkata...

I would really like to thank you a lot for the job you have made in writing this posting. I am hoping the same effective job by you down the road as well.

Replacement Windows berkata...

Very interesting blog. We'll go to him more often.

Life Plus berkata...

Me and my friend were arguing about an issue similar to this! Now I know that I was right. lol! Thanks for the information you post. 10

timberland berkata...

best artikel ni..
:)

IsabelLott35 berkata...

I had a dream to start my own business, nevertheless I didn't have got enough amount of cash to do this. Thank goodness my close fellow recommended to take the loan. Hence I received the car loan and made real my dream.