t>

Breaking News

Ameno World Terjah Team Melodi.



Perghhh hebat tak tajuk aku neh? Heh. Hebat tajuk je tue. Isi belum tentu hebat. WOW. Baiklah bagi mereka yang terlepas episode pertama aku suggest baca dulu kat sini then baru masuk sambung baca sini. Citer dia mudah. Ari tue aku tanya melodi apsal melodi fitnah maher zain menerusi satu vitie yg kontroversi. Lepas tue ada satu wartawan melodi masuk sini dan berikan penjelasan berhubung isu tersebut. Ini ialah petikan komen dia ;
Adalah tidak adil meletak pos facebook sy di atas..kerana ianya adalah ttg konsert pertama MZ di Malaysia..apa yg blog ini nak kutuk adalah ttg kehadiran MZ buat kali kedua di Malaysia yg di provokasi oleh rakan wartawan sy dan bukannya sy.
Utk pengetahuan umum,sy adalah antara pengamal media yg memberikan publisiti POSITIF kpd MZ pada showcase yg pertama MZ di Malaysia.Sy begitu mrnghormati MZ kerana sy sempat berbual dgn MZ selama 7min sewaktu sesi temuramah dgn MZ…
Apa yg ingin sy katakan disini adalah sy meminta admin blog ini pautkan link yg sebetulnya dgn apa yg kamu nak bangkitkan,dan bukannya pautkan link yg tidak ada kena mengena dgn sy..kamu paparkan nama dan gambar facebook sy krn kamu tidak berhati2 dlm membuat research,kamu dptkan link yg betul dan kamu pautkan,dgn itu sy tidak akan marah…
Saya harap kamu semua tidak salah org krn sy hanya membuat intvw dgn MZ pd sesi pertama MZ di Malaysia..bukan pd ahad lps..tidak adil kalau sy dipersalahkan krn sy juga salah seorg peminat maher zain.
Mohon ditukar pautan di atas utk mengelakkan tindakan yg seterusnya…



Kat sini penjelasan aku.


1. Apa yang adil dan tidak adil itu sebenarnya? Saya rasa bagi pihak saya, saya adil meletakkan facebook awak bilamana awak memberikan jawapan seperti itu. Mungkin awak tak faham dan baca artikel itu betul2, sebab tue saya cadangkan awak agar baca dan fahami artikel itu dengan teliti terlebih dahulu. Sila check sini

2. Saya bukan nak kutuk tp saya cuma nak kan kepastian kenapa team melodi membuat vitie seperti itu? Di akhir vitie dinyatakan itu urusan dia dengan Allah swt.. apa perlu semua itu?

3. Sila check pautan saya dengan teliti. Saya buat research dengan teliti.  Dan saya jumpa kata2 awak juga dengan teliti. Soklan nya betul atau tidak awak yg jawab itu? Kalau itu clone awak takpelah, saya boleh tarikbalik tapi dengan syarat itu haruslah disahkan sebagai clone awak.

4. Saya tidak mensasarkan kepada orang/individu. Saya tanya kepada seluruh team melodi. Di manakah semangat setia-kawan dalam team melodi neh? Boleh hentam org lain dalam team melodi ke? Itu maksud awak? Sekadar tanya jer neh. Apa tanya pun nak amek tindakan ke? Selama neh melodi suka tanya2 org mcm2 soklan pernah ke sang yg ditanya tue amek apa2 tindakan ya? Heh

5. Saya tidak mempersalahkan awak secara individu. Rujuk balik posting sebelum nya. Saya salahkan team melodi keseluruhan nya sebab itulah yg sepatutnya. Apa saya patut pilih2 wartawan yg nak dipersalahkan ke? Saya melihat melodi itu suatu ikon yg tidak sehat. So itulah ikon yg saya persalahkan kini. Saya bukan tgk melodi sangat pun. Amat jarang sebetulnya. So takdelah saya hafal nama2 wartawan dan segmen2 mereka secara berkala pula. Apa pun Maher Zain datang ke Malaysia dengan niat yang baik. Vitie dan provokasi melodi tidak sepatutnya timbul. Tak silap saya ada tulisan yg ditulis begini pada awal vitie "Bangun lambat" begitulah seterusnya.. [betulkan saya kalau salah] untuk apa semua2 tue? Selama neh melodi sering mengungkit kisah rumahtangga artis, terjah sana sini situ, sampai ada makcik yg menangis2lah [tgk dalam salah satu blog dulu] tak pernah ke fikir perasan org yg diterjah tue? So kini bila kita datang bertanya apasal tahu nak melenting dan naik marah? Apa hanya melodi je punya perasaan? Orang lain takde? Seme ahti batu dan boleh dihentam bertubi2 ke?

Saya suspect mungkin team melodi nak masukkan citer saya dalam segmen melodi yang akan datang. Jika ya saya ucapkan terima kasih banyak2. Saya tidak buat apa2 yg tidak patut saya buat. Saya cuma menuntut penjelasan daripada team melodi. Kenapa itu menjadi suatu kesalahan pula?

Dan ini jawapan kedua daripada wartawan yang sama ;
Sy ingin memetik kata2 saudara abdul di atas...apa sumbangan melodi pada islam...
Apa yg awak nampak di melodi sememangnya bukan rancangan dakwah , melodi  lebih kpd rancangan hiburan..jadi semua jenis muzik filem teater termasuk dlmnya skali..
Sy ingin bertanya kpd anda,anda jgn tanya apa yg melodi buat ttg islam,sebalik sy nk bgtau apa yg sy buat sebagai wartawan melodi kpd anak2 seni yg memperjuangkan nasyid..sy telah beberapa kali membuat laporan yg positif ttg kumpulan2 nasyid spt raihan,inteam dan byk lagi..sy juga telah membuat laporan ttg raihan dan genius aulad yg telah menggembara ke australia Dan bagaimana ianya telah diterima baik oleh masyarakat islam di sana..melodi telah menyiarkan pelbagai laporan yg juga membantu menyelesaikan masalah rumahtangga...org kata melodi melaga2 suami isteri nk bercerai,tapi anda taktahu yg pasangan tersebut dah pun bercerai dan tak mahu ke mahkamah utk lafaz sah,apa tugas melodi di sini?kami melaporkan isu ini sehingga pasangan tersebut tampil kr mahkamah n mengelak maksiat berlaku...
Ramai artis yg beragama islam ditipu oleh organizer beragama lain,kami juga tolong kupaskan...isu kes rasuah dan kes aniayi,juga kami tolong..
Apa yg org tak faham di sini adalah ttg provokasi ataupun soalan2 kami..provokasi itu adalah salah satu cara utk menyiasat,pihak berkuasa juga melakukan provakasi..begitu juga peguam bela dan peguam cara..mereka mengikut cara mereka sendiri..takkan ada org nak dptkan penjelasan dgn tanya baik2,sudah tentu tiada rahsia tersirat akan terbongkar...anda fikir2kan lah...
Dan kalau anda tanya kami kenapa tak tegur artis yg pakai seksi dan menjolok mata,kami dah tegur dan akan terus menegur,namun mereka tak makan saman..kalaun kerajaan malaysia tetapkana syarat,pasti mereka akan ikut...kami bukannya ada kuasa yg besar utk menegur atau menyelesaikan kes,cuma kami membantu secara tidak lgsg...
Sy turun ke blog ini dgn memberikan penjelasan adalah krn sy mahu anda semua faham situasi ini..dan jgn sesekali mengatakan bhwa KAMI MEDIUM DARI YAHUDI...kerana sy juga pejuang ISLAM,sy bersedia utk menjadi tentera ALLAH dan melawan Dajjal dan konspirasi nya pd umat Muhammad SAW..saya tahu halal dan haram dlm Islam,namun begitu tiada manusia yg sempurna melainkan Rasul Allah SWT...sama2 kita renung2kan utk kebaikan semua..

1. Kenapa tidak menjadikan MELODI sebagai sebuah rancangan hiburan yg ada unsur2 dakwah pula?

2. Menyelesaikan masalah rumah tangga? Ye ke? Apsal saya rasa ia sebaliknya pula wahai wartawan melodi? Kisah Abby mengejar norman sampai ke lokasi antara babak yg memalukan. Sapa yg siarkan semua tue enh?

3. Dah bercerai ke belum bercerai ke proses nak bercerai ke itu urusan rumahtangga mereka, mereka selesaikan cara mereka, kalau nak bantu, bantu belakang tabir, dengan menyiarkan di depan tabir, team melodi telah memalukan artis tersebut. Kesan nya semua org ingat kerja artis kawin-cerai kawin-cerai.

4. Ini lah masalahnya melodi.  Suka buat persepsi sendiri tanpa membuat research terlebih dahulu. Dengan hanya beberapa laporan pasal raihan dan etc [saya akui saya tak tengok] sudah cukup membuktikan melodi seperti apa yang awak katakan? Siapa tahu awak buat demi kerja awak ke? Itu urusan awak dengan Allah swt kan? [enh neh provokasi aje taw, takde kena mengena dengan klip melodi pasal maher zain].

5. Okey penjelasan awak berhubung isu aurat dan sebagainya saya terima. Tetapi saya rasa kalau sungguh nak buat provokasi, elok buat provokasi berhubung isu aurat, maksiat yg melibatkan artis. Bab2 rumahtangga org usah peduli sangat. Lagipun kalau nak jadi pejuang islam tak semestinya focus pasal permasalahan rumahtangga artis je kan? FOCUS pasal isu artis buat maksiat ke, dadah ke, arak ke, lepak pub ke ada baiknya. Contohnya terjah artis time dorang tengah mabuk2 lagi baik daripada kejar artis pasal nak kupas isu rumahtangga artis.

6. Ya yang last tue saya setujue. Tiada manusia yg sempurna. So semoga melodi boleh terima teguran lah ya. Saya dah selalu terima dah, bukan setakat teguran, ugutan, cacian, makian, fitnah je. Heh. Yang mana baik saya collect yg mana tak baik pun saya collect utk perbaiki kelemahan diri.

Bagaimanapun saya cadangkan agar team melodi buat online research berhubung isu ini. Yelah tgk segmen mana yang paling penonton benci dan segmen mana yg penonton paling suka dan segmen apa yg perlu di edit bagi mengekalkan ciri2 islamik dalam melodi. Amacam?

Dan tgk bawah neh.. kah kah kah kelakar gilewww aku rasa..  Auwwww perlukah aku lariiiiiikkk!!!



Ameno : Silap2 melodi wat segmen khas neh kot next week. Auwwww... glamer mak nyah...