t>

Breaking News

Brazil yang poyo bantu palestine..





Baru-baru ini perdana menteri Brazil telah menghadiahkan sebidang tanah di Brazil kepada Palestine untuk dijadikan kedutaan Palestine di Brazil kelak setelah Palestine di iktirafkan sebagai sebuah negara yang berdaulat [Oleh Israel dan US].




Ini berita yang pelik. Brazil bukan negara arab. Brazil juga bukan negara islam. Penduduk Brazil juga bukan majoriti beragama islam. Tetapi Brazil beria2 tentang Israel dan membela Palestine tanpa mempedulikan kekuatan yang Israel dan Amerika miliki. Apa Brazil tak lantik APCO sebagai advisor ke? Patutlah Brazil beria2 sangat nak balun israel sejak setahun kebelakangan neh. Lebih beria2 dari negara arab yang berjiran dengan Palestine. Lebih beria2 dari negara bermajoriti islam seperti Malaysia.




Malaysia memang tak akan bagi sebidang tanah kepada Palestine untuk mendirikan kedutaan mereka di sini. Saya boleh kata begini kepada pemimpin Palestine : "jangan mimpi!". Ya benar jangan mimpi kerana kami ada APCO sebagai penasihat kami. Dan APCO itu besar pengaruhnya di malaysia. Saya menulis jujur.




APCO itu dimiliki oleh Israel. Dengan menghadiahkan sebidang tanah kepada Palestine itu bermaksud malaysia mengiktirafkan Palestine sebagai sebuah negara yang berdaulat. APCO ini mempunyai pengaruh yang cukup meluas di beberapa negara. Sebab itu Najib tidak boleh berbaik dengan Palestine secara terbuka [tersangat]. Dengan melakukan perkara tersebut, itu bermaksud Najib menentang APCO. Dan nanti APCO sangat marah. Bila APCO marah, mereka akan melakukan pelbagai hal untuk memastikan Malaysia terus jatuh, rebah dan terduduk dalam pelbagai bidang terutamanya dalam ekonomi negara. Kesan yang seperti ini, tidak semua rakyat sudi terima. Mereka memikirkan dunia lebih daripada Allah swt. Kadangkala mereka juga lupa Allah swt yang mencipta dunia ini.




Di Malaysia kita tahu kita ada Mahathir sebagai pembela Palestine. Saya tidak pasti seberapa kuat Mahathir mahu membela penduduk Palestine tetapi saya memang nampak mahathir ada usaha untuk membela palestine. Usaha Mahathir itu nampak relevant. Usaha Mahathir juga disalami oleh PAS dan pelbagai lagi NGOs. Ini juga perkara yang benar. Namun, ketika Mahathir mengusahakan perkara ini, sedar atau tidak, mereka tidak membawa nama UMNO dan label BN.




Saya tidak tahu kenapa Mahathir tidak membawa UMNO dan BN dalam misi ini. Samada Mahathir mengangap ini sebagai kerja2 peribadi nya ataupun sememangnya tidak boleh secara terbuka meletakkan kerajaan sebagai peneraju utama dalam misi keamanan di palestine, saya benar2 tidak pasti. Sesuatu yang UMNO dan BN suka buat ialah meletakkan nama mereka secara besar2 bila melakukan pelbagai kebaikan. Jadi misi menyelamatkan Palestine adalah perkara yang baik tetapi kenapa dalam misi seperti ini mereka sangat low profile? Ini sangat bukan UMNO/BN.




Dan kenapa dalam misi seperti ini orang2 bukan islam kurang peka di Malaysia? Siapa cakap bahawa hanya orang islam berhak membantu orang islam dan hanya orang bkn islam berhak membantu orang bukan islam? Mathias Chang membuktikan ia sebaliknya. Kenapa tiada rakan2 non-muslim juga membuktikan ia? Misi menyelamatkan Palestine ialah bukan misi menyelamatkan islam. Jangan salah faham. Misi menyelamatkan Palestine ialah misi menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira bangsa dan agama.






Dan jangan salah rujukan. Jika anda pembaca non-islam merujuk islam melalui UMNO/BN memang anda akan nampak sebaliknya. Di Malaysia memang benar UMNO/BN bersikap pelik dan jelik dalam hal2 yang boleh menyatukan umat Malaysia pelbagai bangsa untuk hidup secara harmoni. DAP membuktikan sebaliknya. Andai mereka [rakyat] mahu menuduh DAP sekadar pancing untuk raih undi, maka biarkan mereka. Sekurang2nya DAP sanggup bantu umat islam demi nak raih undi, ini berbeza dengan MIC/MCA yang bukan sahaja tidak mahu membantu umat islam di Malaysia demi undi, sebaliknya mereka menentang pula umat islam di malaysia tanpa segan silu. Apa umat islam di malaysia sudah pekak dan buta dengan semua penentangan MIC/MCA terhadap umat islam di Malaysia?




Fahamilah satu perkara. 50 tahun yang lepas DAP memang menentang islam. Mereka menentang islam kerana mereka menentang UMNO dan PAS. Namun setelah 50 tahun berlalu mereka hanya masih menentang UMNO. Mereka berkerjasama dengan PAS. Dan PAS ialah Parti Islam Se-Malaysia. PAS di iktirafkan di seluruh dunia sebagai parti ISLAM di Malaysia. Mereka tidak mengiktirafkan UMNO. Saya tak tipu. Masing2 pandai google. Boleh semak sendiri. Dan pada saat DAP memilih untuk berkerjasama dengan PAS itulah saatnya mereka memilih utk mendekati ISLAM. Dan apabila mereka memilih utk memahami apa itu islam, maka lahirnya kerjasamana di antara non-muslim dan muslim, ianya seperti Brazil membantu Palestine.




Sebenarnya tidak sukar memahami isi ahti Brazil yang membantu Palestine meskipun mereka tidak seagama, tidak sebangsa apatah lagi senegara. Namun, ianya sukar utk dimengertikan kenapa Malaysia dan negara2 arab begitu sukar membantu Palestine secara terbuka meskipun se-agama, se-Alquran dan se-akidah.

Ameno : Israel sudah mula menayangkan rasa tidak puas ahtinya terhadap brazil, apabila brazil secara terbuka dan berterusan membantu palestine dalam konflik palestine-israel.

5 ulasan

Me berkata...

Means bukan semua org dlm dunia ni xbhati perut mcm israel,ada faham?

barber87 berkata...

brazil tolong atas dasar moral dan kemanusiaan..tapi orang Islam wajib tolong atas dasar persaudaraan sesama Islam dan kesucian agama Islam..

Hahaa.. berkata...

Jgn cpt bpuashati saudara dgn DAP..itu cma sbhgian dr plan diorg utk memerintah & hapuskn pemerintahan UMNO.. Apabila mereka dpuncak,plan ptama mereka adalh bubarkn askar melayu diraja sbb itu sjta ptma org2 melayu di malaysia..bila dh bubar,org2 melayu dgn mudah blh dilabelkn sbgai pengganas bila mrusuh.. DSAI plak nti mudah sj mereka ketepikn bila kuasa ditangan mereka..

Abdul berkata...

Nasihat untuk semua orang Islam:



"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."
(al-Baqarah :120).

adi nordin berkata...

adoi,siapa la kata malaysia tak bagi tanah untuk kedutaan palestin?check fakta dulu la baru tulis.

Palestine - Embassy of the State of Palestine.
63, Jalan U Thant, 55000 Kuala Lumpur.
Tel: 03 456 8905, 03 456 8906