t>

Breaking News

Digi : Senang-senang menang contest halal ke?

Tadi aku buka laman churpchurp. Aku nampak ada promosi terbaru dari digi. Aku tengok memang menarik. Menarik kenapa? Mudah, sebab ada satu contest yang menjanjikan hadiah best. Tengok bawah ;


Menarik beb.  Hadiah kereta pula tue. Sapa takmao. Gila lah. Bila dia cakap tiap-tiap minggu dapat hadiah kereta mengikut tempoh masa contest aku pun buat pengiraan. Kalau dikira 7 hari maka ;

18,19,20,21,22,23,24 <== 1 pemenang kereta

25,26,27,28,29,30, 1 <== 2 pemenang kereta

2,3,4,5,6,7,8 <== 3 pemenang kereta

9,10,11,12,13,14,15 <== 4 pemenang kereta

16,17,18,19,20,21,22 <== 5 pemenang kereta

23,24,25,26,27,28,29 <== 6 pemenang kereta

30,31,1,2,3,4,5 <== 7 pemenang kereta

6,7,8,9,10,11,12 <== 8 pemenang kereta

Makna nya ada 8 bakal pemenang kereta di atas. Selain itu ada hadiah ipad dan wayway gps untuk diberikan kepada para pemenang setiap hari. Ikut dari tempoh masa contest tue patutnya ada ;

56 ipad untuk dihadiahkan

dan

56 wayway gps untuk di hadiahkan.

Okey sekarang kita pergi pula kepada cara-cara nak menyertai contest neh pula. Cara-caranya takdelah susah sangat pun ;

1. Korang kena guna digi.  Dan bukan sebarang digi. Hanya digi prepaid je boleh sertai contest neh.

2. Korang kena register terlebih dahulu. Register melalui sms kepada digi. Of coz lah kena bayar. Gila apa benda free. Heh. Kena tolak rm3 whorr.. baca bawah ;

Send ON WIN to 2882 to subscribe to the content service and participate in the SMS Trivia Contest. Once subscribed, participant will receive 2 contents per day - one charged at RM 3 + one free.

3. Peh tue kena jawab soalan. Bila dia bagi ko soklan ko kena jawab dengan betul. Kalau tak betul pun takpe. Ko tetap akan kena jawab soalan lain gak. SMS soalan adalah percuma. SMS jawapan kena charge rm0.10 setiap satu sms. Korang kena jawab soalan dalam masa 24 jam sahaja. Lepas dah jawab semua soalan korang kena tunggu lah samada korang neh terpilih sebagai pemenang atau tidak.

4. Cara pemarkahan pula dikira begini ;

- setiap satu jawapan yang betul dapat 1 point.

- setiap satu jawapan yang betul untuk soalan bonus diberikan 5 point.

- Markah-markah tersebut akan dikumpulkan dan dikira setiap 24 jam bagi peserta yang dah berdaftar untuk main contest ini. Markah yang paling tinggi akan memenangi hadiah harian. Dan markah tertinggi bagi minggu itu pula akan memenangi hadiah mingguan.

Sila lihat box bawah neh ;


Kalau nak fahamkan betul2 klik sini.

Ada masalah ke? Peraduan ini suruh ko teka dan kalau jawapan ko banyak betul maka ko dapatlah hadiah. Memang itulah yang berada dalam kepala hotak aku. Ataupun lebih tepat lagi ialah akal tamak haloba aku. 

Tapi masalah mula timbul bila akal islam aku berkata-kata. Akal tamak haloba aku main gila dengan akal islam aku. Mereka dok berperang2 sesama sendiri. Aku? Jadi gila lah beb. Last2 akal islam aku bercakap. Mungkin tak tahan melihat aku agak sasau ketika ini.

" Ini mcm pertaruhan neh beb. Cuba ko fikir betul2. Ko fikir zaman je moden? Judi takley moden? Kepala hotak kau. Orang sekarang sms je tunggu keputusan no ekor. Bukan macam dulu kena dengar2 radio. 

Sama gak dengan perkara di atas. Memanglah sekali fikir nampak macam contest. Tapi bila bebanyak kali fikir ianya dah jadi macam bukan contest. Beginilah senang cakap ;

1. ko kena sms utk join benda neh. 

2. setiap sms tu ko kena bayar.

3. dan sudah tentulah ko akan main banyak2 kali utk menang.
4. katakanlah ko labur [reload] rm100 dalam permainan sms tadi ; 79 jawapan btl
   orang lain lak labur rm200 ; 44 jawapan betul
   orang yang lain pula labur r300 ; 70 jawapan betul

Maka pemenangnya sudah tentulah yang melabur rm100 tadi. Yang melabur rm200 dan rm300 leburlah duit dia.. hangus. Kat situ kan rugi tak pasal2. Padahal duit yang ada boleh digunakan utk kerja2 yang mana hasilnya nampak "

Bagi aku kalau nak buat contest jangan sampai kita kena keluar duit. Neh kalau dah sampai kita kena keluar duit untuk topup memanglah nampak macam pertaruhan.

Tapi dengan secara tiba2, akal tamak haloba aku masuk campur. 

"Woottt..woottt.. nanti dulu. Jangan ko buat tanggapan melulu. Kenapa pula mesti anggap yang sms ini satu perjudian? Kenapa tak boleh anggap ia sebagai satu yuran pendaftaran untuk menyertai contest ini?Kenapa tak boleh anggap ia sebagai salah pembayaran kepada kemudahan teknologi yang digunakan untuk bermain permainan ini? Sama macam main contest online. Kan bayar bil api + internet. Yang contest memancing tue. Kena bayar2. Adakah itu judi juga? "

Arhh sudah. Aku confuse. Takpe. Aku tahu apa nak buat. Apa kata kita tanya pada yang pakar? Amacam? Aku nak pergi google jap.

Sozcyili : Contest kalau kena keluar duit bagi aku lah kan bukan contest namanya..

5 ulasan

joegrimjow berkata...

dah promote iklan ni tadi
wakaka

zack berkata...

best la contest nie..aku teringin pakai kete honda tue..nak harapkan kera-jaan, takat proton je la sampai bila2..kalo proton canggih, xdenya aku nak masuk contest nie..
kalo aku menang, aku jual balik honda tuh and then aku beli 2 kete proton..heh

boleh k?? apa punyer idea la..

mattjoker berkata...

kau dah ada berapa score minggu 1, lolx. confirm tak boleh menang doh..

! Sam Posmen ! berkata...

oh damn kena tipu. esok nak g wat complaint. haha

Tanpa Nama berkata...

kena pakat g report ni.. pemenang minggu ke 2 - ke seterusnya digi tak umumkan..duit sms dia potong banyak.. tak kembalikan