t>

Breaking News

Kedai 1Malaysia ringankan beban rakyat



Tiap - tiap hari ada diskaun. Itu lah kot misi kedai rakyat 1malaysia. Betul ke tak betul aku taktau sebab kedai neh takde kat tempat aku. Tapi kata dorang pm buat kedai neh sebab nak bantu rakyat. Tak percaya? Baca bawah dulu ;

KUALA LUMPUR 22 Jun - Diskaun setiap hari. Mungkin itu perkataan paling tepat bagi menggambarkan betapa Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen LRT Kelana Jaya hari ini mampu meringankan beban rakyat.

Kedai yang dirancang akan diperluaskan ke seluruh negara itu menawarkan potongan harga barangan keperluan di bawah jenama 1Malaysia yang cukup istimewa sehingga mencapai 64 peratus daripada harga sebenar.
Antara yang menjadi perhatian adalah penjualan beras super tempatan lima peratus hancur pada harga RM21.99 berbanding RM26.50 untuk jenama terkenal, sardin 425 gram pada harga RM2.99 (RM6.10) dan roti sandwich RM1.79 (RM2.40).

Di sebalik harga rendah, para pengguna tidak perlu meragui kualiti barangan tersebut kerana ia menjadi sesuatu yang amat dititik beratkan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad iaitu pihak yang diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai itu.

"Ia menjadi sesuatu yang amat kami pentingkan apatah lagi sebarang kecacatan hanya akan merosakkan reputasi gagasan 1Malaysia dan kami sendiri.

"Terdapat 250 barang keperluan ditawarkan dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa. Harga ditawarkan adalah kekal dan bukan seperti 'yoyo' kerana matlamat kami bukan untuk mencari keuntungan," kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin kepada Utusan Malaysia di sini hari ini

Tadi aku ada pergi kedai. Aku tengok sardin yang kaler hijau tue kan harga dia rm2.70sen. Urmm yang rm2.99 neh sardin cap apa yerk? Hahaha.. tiap2 hari diskaun kan? Seronoknya orang yang duduk kat kelana jaya tue. 

Sozcyili : Jenama terkenal kat mana2 sama kot harga nya.. tp jenama yang tak terkenal pulaaa... lain2 ke? hahaha.. tatau2..

Tiada ulasan