David Enggan Komen, Pekida Tetap Tuntut Permohonan Maaf
Nak tergelak aku tengok tindak tanduk pekida kat malaysia neh. Alahai bukan aku nak mengata tapi kalau kening pun mencukur halus toksah berangan nak mengaku mempertahankan islam lah weh. Nama orang tak disebut. Nama pertubuhan tak di nyatakan tapi pekida perasan sendiri yang konon nya filem KONGSI dan KL GANGSTER menceritakan pasal dorang?
Bagaimanapun sebenarnya kedua-dua filem neh mendapat promosi secara tak langsung daripada isu pekida. Pekida bagi free promotion kat kedua-dua filem neh. Lagi lah ramai orang nak tonton filem ini untuk mencari tang mana kedua-dua filem neh memburuk-burukkan pekida pula?
Ikut pengalaman aku berhadapan dengan pekida di kl mereka memang jahat. Sampai ke kajang merasuah polis. Malas aku nak elobrate lanjut pasal hal neh sebab aku terlibat secara langsung atas kes neh. Dalam erti kata lain beberapa keluarga [termasuk keluarga aku] kena ugut dengan ipd kajang dan pekida jadi orang tengah untuk settle kan. Tapi aku tidak membiarkan keluarga aku bodoh-bodoh kena tipu dengan pekida. Allah swt tahu apa yang pekida dan polis tue buat. Pembalasan untuk dorang ada. Cepat atau lambat je. Menganiaya orang takan hidup selamat.
Tapi ikut kata member aku yang dah tonton kedua-dua filem neh, dia cakap takde sepatah haram pun nama pekida disebut dalam filem neh. Yang heran nya apsal pekida terasa segala bagai? Dorang gangster ka? Kalau gangster minta polis tangkap dan haramkan pertubuhan neh pasal sesat lagi menyesatkan. Neh bukan pandangan aku. Pandangan dia je. Aku salin balik apa yang dia cakapkan kat dalam fb aku. Walaupun tak bulat-bulat aku amek perkataan dia tapi insya-Allah maksud tue tak lari lah.
Kat bawah neh pula pendirian david teo berhubung perkara neh ;
Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan kerana perkara tersebut tidak ada bukti sama ada ia betul atau sebaliknya melainkan.“Saya hanya akan mempertimbangkan jika pihak Pekida memberi kami surat bertulis yang memohon agar kami perlu membuat permohonan maaf."Sekarang siapa juga boleh buat sidang media atau berkata apa juga, tapi selagi ia tidak melalui cara yang betul dan mempunyai hitam putih kami tidak akan melayan,"Setiap filem yang kami terbitan akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya apabila menyentuh sensitiviti masyarakat."Untuk filem Kongsi, kami juga meminta nasihat dari pihak polis malah sebelum memulakan filem itu juga kami sudah memberitahu bahawa cerita tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan dan semua watak adalah rekaan semata-mata,"
Kat atas neh pula ayahanda pekida. Orang kata alim tak boleh dinilaikan dari segi zahir. Tapi.. hahahah korang fikirlah sendiri. Kat bawah neh kenyataan mereka ;
"Kami tidak meminta banyak, hanya kata maaf secara terbuka dan akui kesilapan mereka yang menggunakan panggilan dan gelaran pertubuhan kami."Namun jika kedua-duanya tidak mahu melakukan perkara tersebut sehingga tempoh yang diberikan terpulang kepada mereka, tapi kami sudah ada “plan B” untuk kedua-dua penerbit tersebut,
"Saya memang setuju jika mereka ingin berjumpa dan berbincang tapi saya mahu perjumpaan itu nanti turut dihadiri oleh wartawan."Saya mahu mereka bersihkan nama Pekida dari persepsi yang mengatakan kami kumpulan gengster dengan meminta maaf sahaja bukan susah pun,""Syamsul ada menghubungi saya dan meminta maaf secara peribadi, saya tahu dia sedar dengan kesilapannya sebab dia adalah ahli Pekida. Begitu juga Farid Kamil yang juga ahli kami tapi kedua-dua pengarah tersebut tidak tahu dan tidak faham situasi ini,"
Laaa si shamsul dan farid neh ahli pekida ka? Hhahaha.. memang buang masa! Masuklah kumpulan dakwah yang betul2 focus kepada dakwah. Macam IKRAM ka. Lagi sejuta kali ada faedah. Masuk pekida? Urmm.. semoga akan datang pekida boleh lah tumpukan lebih kepada usaha-usaha dakwah ya.. hahaha [ada harapan ka?]
Sozcyili : MAZA kena tahan sebab berdakwah tanpa lesen.. errhh pekida neh ada lesen dakwah ka? hahahaha..
Tiada ulasan
Catat Ulasan