t>

Breaking News

Mesir tolak sambung bekalan gas ke Israel


Isnin, 13/06/2011 - Kementerian minyak Mesir telah menafikan khabar angin media bahawa Mesir kembali mengepam gas ke Israel Selasa ini.
Saluran paip yang mengeksport gas asli ke Israel dan Jordan disabotaj tiga kali semasa protes yang berjaya menggulingkan bekas rejim dipimpin oleh Hosni Mubarak. Sumber kementerian berkata kerugian yang dialami memerlukan mereka untuk mengimport bahagian paip tertentu dari luar negara sebelum ia dapat diperbaiki dan digunakan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz


Padan muka israel. Harapnya mesir terus konsisten dalam mengkaji kerjasama mereka dengan israel untuk menindas umat islam. Aku berharap sangat suatu hari nanti rakyat malaysia juga akan berkerjasama menumbangkan kerajaan barisan nasional yang dilihat condong kepada amerika dan israel. 

Mungkin setahun dua neh harapan itu malap tapi tak bermakna ia akan malap untuk selama-lamanya. Hanya doa dan usaha yang berterusan je yang boleh kita buat sekarang. Insya-Allah tak lama lagi Allah swt akan makbulkan impian kita untuk tidak lagi memiliki kerajaan yang pro amerika dan israel namun dalam masa yang sama bersikap hipokrit. 

Teringat kata2 penghinaan najib kepada ulama besar mesir syeikh yusoff al-qardhawi. Teringat gak ucapan najib berhubung osama. Teringat gak tindakan najib yang ikut telunjuk amerika untuk tindas iran. Teringat gak najib bayar rm77 juta kat israel untuk jadi perunding. Teringat gak utusan mendedahkan laporan kapal israel masuk malaysia. Alahaiii.. tak selama2 nya pemimpin kita boleh tipu kita. Allah swt tahu bagaimana eratnya malaysia bermain cinta dengan amerika dan israel. 

Sozcyili : israel bukan negara..

Tiada ulasan