t>

Breaking News

Enam artis tinggalkan AC MIZAL angkara kuasa ajaib gelang magnet




Kat atas neh ialah petikan akhbar beberapa minggu lepas. Ianya mengisahkan ada beberapa artis yang undur diri cara baik daripada konsirtium [betul ke ejaan neh?] ac mizal atas alasan tertentu. Antara alasan2 yang di beritahu ialah syarikat ac sekarang takde "kerja" sedangkan mereka dibayar untuk buat kerja. Dan kerana taknak makan gaji buta maka mereka berundur lah cara baik dari syarikat tersebut.


Dan dari apa yang aku perhatikan ialah khai dan lain-lain artis telah menggunakan sebaik-baik habis bahasa untuk tidak mendedahkan waima satu pun keburukan ac mizal di mata wartawan dan orang ramai. Walaupun beberapa ayat artis neh seolah2 macam ada maksud yang tersembunyi tapi ye lah kan, mungkin atas faktor tertentu kot khai tak boleh dedahkan lebih2 pasal neh.


Tapi kan pelik juga sebab pihak satu lagi macam tak puas ahti je dengan pengunduran artis2 neh daripada syarikat dia. Kalau nak tahu ketika sidang media diadakan ada beberapa individu secara berkumpulan muncul dan merakam aksi artis2 yang baru keluar keluar dari syarikat AC neh. Dipercayai lah di hantar oleh AC sendiri. Fuhh betul ke? Takutnya aku.. gangster ke apa.. hahahha..


Aku bukan apa, aku rasa lah kan artis2 neh nak taknak pun tetap kena undur gak dari syarikat AC sebab apa  dah ramai orang marah + sakit ahti + geram kerana buta2 di tipu oleh AC Mizal dan sampai sekarang tak dapat apa2 gantirugi pun. Dan yang pelik AC Mizal masih berlagak macam biasa. Macam takde buat salah kat orang atapun fikir yang dia tue berdosa. Siyes gila muka dia buat bodoh je. Dan artis2 yg berkerja kat bawah AC mizal macam khai, rosma dan salima antaranya orang dah tahu pekerja AC Mizal dan imej kepada syarikat AC Mizal. Sudah tentu lah mereka2 yang ditipu akan serbu dan marahkan khai, rosma dan salima gak sebab mereka pihak yang bersetongkol dengan AC Mizal untuk menipu orang. 


Mungkin juga artis2 neh taktau yang AC Mizal jual gelang magnet bodoh tue kat orang ramai tapi orang bukan nak fikir macam tue pun. Dah kerja sekali, bawah satu syarikat mustahil lah taktau apa2. Selalunya itulah persepsi kita. Normal. Jadi kalau2 rosma dah marah orang2 yang provoke dia macam2 kat fb ke apa ke tak payahlah. Amek tanggungjawab sikit. Minta maaf secara terbuka. Bukan rosma je malahan semua artis2 yang pernah berkerja di bawah ac patut minta maaf secara terbuka kepada orang ramai. 


Bukan nak tuduh2 mereka bersubahat dengan ac untuk tipu orang ramai tapi sedikit sebanyak mereka neh kira macam teerlibat gak. So takde salahnya kalau buat permohonan maaf secara terbuka. Sekuran2nya orang yang suka buat provokasi kat fp rosma dan mana2 artis neh akan rasa macam urmm okey.. dia dah minta maaf maybe betul dia taktau yg ac menipu. Maybe dorang pun kena tipu sekali. Kiranya cam menyejukkan ahti orang yang sedang marah lah kan. 


Sapa tak marah kalau dah hilang duit ribu2. Nasib baik aku tak berminat dengan segala macam MLM neh. Alhamdullilah aku jauh dari semua perkara neh. Tapi ramai gak sedara mara yang dah jadi mangsa MLM. Nak buat macam mana, nasihat awak dorang takmo dengar. Payah bercakap dengan orang yang lagi berusia dari kita. Selalu nya mereka aje yang betul. Sekian.


Sozcyili : Tolong melayu tipu melayu..

Tiada ulasan