t>

Breaking News

[Update] Jamil khir nafi 135 individu murtad.



Jamil khir menteri di jabatan perdana menteri telah membuat penafian terdapat 135 individu murtad yang diluluskan oleh mahkamah syariah daripada tahun 2000 - 2010 melalui satu kenyataan akhbar semalam. Jamil khir juga menegas laporan portal berita online telah salah faham maksud sebenar apa yang diperjelaskan di parlimen pada hari sebelumnya.

Jamil khir mengatakan bahawa ;

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad. 

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama hari ini.

Maksudnya kat sini mereka yang memohon untuk keluar islam sebenarnya bukanlah orang islam. Tetapi mereka fikir bahawa mereka ialah orang islam. Jadi soal murtad tak timbul kerana mereka bukan orang islam dari mula sekalipun.

Okey. Sekarang neh aku makin confused. Kalau mereka bukan orang islam maka apa susah-susah nak pohon tukar agama kat mahkamah syariah? Bagaimana dengan IC dorang? Adakah IC dorang tercatat nama orang islam? Semua neh perlukan penelitian yang lanjut. Kalau mereka bukan orang islam + tiada ic orang islam macam mana mahkamah syariah boleh proceed kes? Faham tak apa yang aku cuba sampaikan neh?

Contohnya kalau ko ada kawan cina / india lah katakan. Dia memeluk agama islam. Dan dia tukar ic segala bagai. Dan di sebabkan tiada didikan agama sempurna maka dia kembali ke agama asal. Ataupun tukar agama lain. Lalu dia neh islam ke bukan? Boleh jadi kes murtad ke apa? Lagi satu kerajaan kena jelaskan perincian bangsa apa yang paling banyak memohon untuk murtad. Kalau boleh berikan sebab2 kenapa mereka mahu murtad padahal mereka bukan orang islam pun. Agak pelik orang bukan islam memohon untuk keluar dari islam. Siapa yang islamkan dorang pada awalnya? Adakah tiada pemantauan dan pertolongan kepada mereka sampaikan mereka boleh suka2 mengakui mereka orang islam lepas tue tiba2 nak keluar dari islam pula?

Dan tak lupa juga adakah mereka2 yang memohon murtad neh kembali ke agama asal ataupun bertukar ke agama baru. Kalau agama baru, boleh tahu apakah agama itu? Harapnya jamil khir boleh jelaskan semua kekeliruan ini.

Updated : ini ialah soklan yang tertera dalam hansard parlimen dua hari lepas ;
 
131. PR-1242-L44433
Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah
permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000-2010
serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangani gejala murtad
Sekarang siapa yang tak faham soklan dan terperangkap dengan jawapan sendiri? Heh

Sozcyili : lagi pening..

Tiada ulasan