t>

Breaking News

BERSIH : 500 pelajar dibuang University?


Adakah membuang pelajar dari U boleh menyelesaikan masalah kerajaan yang kini hilang sokongan orang muda ? Nampaknya tidak. Tindakan ekstrem hanya akan menjadikan kerajaan semakin tersisih dan akan dipulaukan terus oleh pengundi muda. Sebab itu adalah amat digalakkan tidak membuang mana-mana pelajar daripada universiti kerana ini bukan sahaja merosakkan masa depan pelajar2 ini sekaligus akan mengundang dendam di ahti pelajar terhadap kekejaman dan kezaliman kerajaan.

Akta AUKU sebenarnya sudah tidak relevant lagi. Melibatkan diri dalam pentadbiran kerajaan, tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan. Sebaliknya kerajaan harus bangga kerana ada anak muda yang minat ambil tahu tentang politik dan pentadbiran negara sedangkan kalau ikut trend sekarang kebanyakkan anak muda suka buat maksiat, berjoli sakan, berhibur tak ingat dunia sampaikan mengandung dan terberanak dalam tandas pun ada. Punyalah teruk gejala sosial yang membelenggu anak2 muda neh.

Jadi daripada mereka terjebak ke dalam aktiviti yang tidak bermoral, apa salahnya mereka aktif berpolitik dan melibatkan diri dalam kepimpinan untuk sama2 mengangkat malaysia ke satu arah yang lebih baik? Lagipun terdapat unsur2 ketidakadilan disini. Jika mahasiswa terlibat dalam politik yang menyebelahi kerajaan, ia akan dibiarkan. Sebaliknya jika mahasiswa mempunyai pandangan kontra dan berbeza mereka akan ditindas. Lupa kah anda bahawa perbezaan itu satu rahmat? Terimalah rahmat itu. Jangan tutup rahmat hanya kerana berbeza. Orang yang tolak rahmat ialah orang yang tolak tuah. 

Sedangkan dalam islam pun berpuluh2 ulama berbeza pendapat dan kita harus menerima kenormalan itu. Apatah lagi dalam urusan dunia. Lagi lah normal kalau berbeza pendapat. Andai kerajaan masih angkuh mengingati bahawa mereka lah yang terbaik, maka mereka akan jatuh pada pru-13. Undi senyap ataupun majoriti senyap hanya ada dua pilihan dalam otak mereka iaitu ;

1. Undi pembangkang

2. Tidak undi sesiapa pun.

Calculation macam neh pun kerajaan dah kalah sebenarnya. Ini kerana budaya fitnah kerajaan terhadap negeri pulau pinang, selangor dan kedah. Rakyat terbanyak di ketiga2 negeri itu tahu mereka ditadbir bawah siapa keadaan mereka lebih baik. At least tiada lagi projek kroni sendiri. 

Lebih ramai orang dapat tender kerajaan negeri walaupun terpaksa bersaing. Ada berapa ramai kontraktor yang dapat kerja setelah bertahun2 tidak dapat kerja. Ini lah nama ketelusan. Kerajaan hanya perlu telus dan adil jika mahu meraih sokongan. Jangan campak wang. Wang tidak akan kekal. Tapi campaklah kebaikan. Insya-Allah rakyat akan kenang kerajaan yang baik. Renungkanlah ia.

Sumber : sini

Sozcyili : Jangan angkuh dan terima lah pandangan rakyat marhaen.

Tiada ulasan