Jangan Pakai Baju Kuning Dengan Lambang BERSIH – Polis
NILAI, 17 Julai – Tidak salah bagi sesiapa pun memakai baju berwarna kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana ia adalah satu pertubuhan haram, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.
“Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.
“Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang Bersih. Tak salah pakai baju kuning…tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning…cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan ‘Crime Awareness Team’ (CAT) di Dataran Nilai di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan. Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.
“Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang,” katanya. -umnoonline-
Untuk pengetahuan korang bersih bukan pertubuhan sebaliknya ia adalah kempen macam kempen 1 malaysia sebab tue lah mereka tidak mendaftarkan bersih di ROS. Tetapi akan datang cadangan untuk mendaftarkan bersih mungkin akan dibuat bagi menangkis hujah mereka yang anti bersih.
Berhubung isu baju kuning, kempen boleh diteruskan macam biasa iaitu dengan memakai baju kuning pada hari raya pertama tahun neh. Diharapkan rakan2 boleh sebarkan kempen neh menerusi facebook, twitter dan blog. Sekian.
Tiada ulasan
Catat Ulasan