t>

Breaking News

Negara paling selamat di dunia - Malaysia kedudukan ke 19


MELAKA 23 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan berusaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan antara 10 negara paling selamat di dunia berikutan kejayaan negara dipilih sebagai negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara.

Beliau berkata, kedudukan itu boleh dicapai melalui pelbagai usaha yang akan dilakukan termasuk peningkatan kawalan keselamatan dan juga pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah. Katanya, walaupun usaha berkenaan dipertanggungjawabkan kepada Polis Diraja Malaysia dan agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri, namun ia juga akan bergantung kepada sokongan dan kerjasama seluruh masyarakat.

"Kita mahu negara kita bukan sahaja kekal (paling aman dan selamat di Asia Tenggara) tetapi mudah-mudahan Malaysia berada dalam ranking sepuluh teratas antara negara paling selamat di dunia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Muhyiddin mengulas laporan Indeks Keselamatan Global, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di Sydney, Australia, yang meletakkan Malaysia di ranking ke-19 bagi negara paling selamat di dunia berbanding 156 negara lain. - Bernama

No 19 di antara 156 negara? Ini kira satu kedudukan yang baik. Tapi betul ke ranking ni? Bagaimana kriteria dan ciri2 yang di ambil kira agaknya? Penilaian ini betul2 ke sahih? Hahaha.. 

Sozcyili : selamat? aman.. lebih baik dari negara jiran. Hahaha..

Tiada ulasan