t>

Breaking News

Kedai Kopi Yahudi, Starbuck ada babi !

STARBUCK telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich dari animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yang dicelop dalam arak & the tiramisu ada RUM.

Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut.


Jangan salah faham. Menurut maklumat halal daripada website halal jakim semua product starbuck ada pengesahan halal. Lihat sini dan sini. Ini juga merangkumi semua premis mereka di seluruh malaysia. Lihat sini.


Lihat bawah neh ;




Nampak tak tajuk yang diletakkan tue? Ketakutan dan kebencian melulu kepada yahudi sehingga menimbulkan salah faham dan menjurus kepada fitnah [aku percaya blogger the unspinner dan taipingmali mempunyai niat baik di atas sebaran info di atas tetapi sayangnya informasi ini salah. Mereka mungkin tiada niat nak menfitnah - sangkaan baik aku]


Ini tidak boleh dilakukan lagi oleh umat islam di malaysia. Yahudi neh tidak hebat mana. Kenapa perlu kita memandang mereka hebat sangat? Jika kita ada keupayaan + modal + usaha + idea + galakan yang berterusan kita pun akan berjaya juga. Macam kopi radix. Ingat radix tak boleh pergi international ka? Ali cafe okey je. Semua neh perlukan sokongan dan galakkan serta kreativiti je.


Tak perlu kot nak anti2 starbuck segala bagai dan kaitkan ia dengan yahudi bagi menyebarkan kebencian terhadap yahudi. Bukan nak kata yahudi neh perlu dipuja2. Jangan salah faham. Cuma nak mengajak jangan pandang yahudi neh hebat sangat sampaikan dorang mampu cipta teori freemason lah teori illumination lah. Padahal dorang saja je hebahkan teori tue untuk kelihatan hebat, berdaya saing, berfikiran jauh, mampu mencipta konspirasi, mampu masuk ke dalam sistem sesuatu negara dan sebagainya.


Tak kisah pun kalau korang nak boikot starbuck neh. Aku pun sejujurnya baru sekali je layan starbuck tapi tah macam mana tempat2 macam neh tak kena dengan selera dan citarasa aku. Cuma apa salahnya kalau mereka berniaga di malaysia andai mereka provided benda halal kepada orang muslim? Lainlah benda haram. Of course kita akan marah.


Walaupun aku tak gemar dengan dasar kerajaan yang suka mengimport jenama luar macam starbucks tapi tak bermaksud aku boleh fitnah starbucks bukan2. Bagi aku perlunya malaysia neh dikekalkan dengan jatidiri sendiri. Macam radix fc.  Perlu difrancaiskan diseluruh malaysia. Galakan dan sokongan seperti ini perlu disediakan oleh kerajaan. Tak salah kerajaan bagi galakan kerana itu syarikat milik anak malaysia. Bumiputera pula tue. Dan orang islam pula tue.


Bayangkan kalau ali cafe dan kopi radix ada kedai kopi santai macam OTWH. Kan lagi bagus berbanding starbucks? Semua neh boleh membantu membina jenama tempatan dan sekaligus membuka peluang pekerjaan dan insya-Allah by years plus experiences syarikat2 seperti neh mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa. Syarikat2 macam starbucks tue berkembang kerana ada galakkan dan sokongan modal. Dalam dan luar negara.


Baju bayi comel2 disini


Tapi di malaysia neh kurangkan inisiatif kerajaan terhadap product2 anak tempatan yang boleh diklasifikasikan sebagai berjaya. Mereka lebih suka promosikan dan memberikan galakan kepada barangan import. Hatta mydin diberikan sebillion utk import barangan dari China. Heh.

Sama macam kereta mereka. Di mulut berbuih2 nasihatkan rakyat pakailah barangan buatan tempatan. Berjuta2 iklan diperuntukan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat malaysia agar menggunakan barangan malaysia. Which is aku rasa with or without iklan neh pun still rakyat akan guna barangan buatan malaysia pun. Tetapi dalam masa yang sama, mereka [pemimpin] neh sebenarnya lupa semak diri sendiri dan polisi2 kerajaan berhubung isu neh. Aneh kan? 


Bacaan lanjut disini


Sozcyili : Selalu susukan orang luar.. huhu

Tiada ulasan