t>

Breaking News

Ber-umur 21 tahun ke atas boleh berjudi ke?

Cuba tengok gambar di bawah neh terlebih dahulu ;



Dari apa yang aku faham menerusi gambar di atas ialah ;

1. Orang2 islam di larang berjudi.

2. Mereka yang berumur di bawah 21 tahun di larang berjudi.

Tapi mungkin juga ada yang berpendapat bahawa hanya orang2 islam yang berumur 21 tahun ke bawah je tak boleh berjudi. Terpulang kepada penafsiran masing2. Tapi aku rasa premis neh hanya meletakkan benda neh sebagai syarat wajib untuk dapat lesen perjudian dan lesen premis perniagaan je. Bukan dorang pernah kuatkuasakan larangan2 yang dorang sendiri tampal di pintu hadapan premis dorang.

Bagi aku, sudah sampai masanya pemilik perniagaan didakwa bila membenarkan orang islam berjudi di premis mereka. Memang mereka tak suruh orang islam itu berjudi tapi mereka jual [tawar khidmat] bila orang islam nak berjudi. Maksudnya disini mereka taknak mencegah/membanteras aktiviti perjudian yang melibatkan umat islam sebab mereka fikir untung. Itu sebab mereka neh peniaga tamak dan haloba. 21 ke atas syarat sah berjudi pun tak sepatutnya wujud. Muda2 dah dibagi berjudi. 

Bukan aku nak kata orang tua + bukan islam = boleh berjudi disini. Tapi elok naikkan syarat perjudian neh. Biar 25 ke atas. Kenapa yer nak kompromi dengan syarikat perjudian? Siapa mereka neh sehingga kita perlu kompromi dan hormati hak2 mereka [peniaga judi] sedangkan perbuatan perjudian neh adalah salah di sisi apa2 agama sekalipun? Lagipun dah banyak kes di malaysia neh orang mati bunuh diri akibat judi. So hairan juga aku, napa nak bertolenrasi dengan perniagaan macam neh?

Yang sebenarnya perniagaan perjudian neh merosakkan masyarakat. Sampai sekarang aku tak faham kenapa nak luluskan lesen perjudian neh di malaysia? Nak galakkan orang bukan islam berjudi sebagai alat penghibur untuk melepaskan tension? Banyak lagi cara lain. Banyak lagi aktiviti yang boleh buang duit tanpa melibatkan kerosakkan kepada si pelaku dalam bentuk emosi dan harta benda. 

Kenapa kerajaan tak fikir panjang sebelum meluluskan apa2 premis perjudian di malaysia neh? Disaster akibat perjudian neh tak dapat dibaiki oleh apa cara sekalipun pun sehingga larh kerajaan benar2 mengambil langkah mengurangkan, membanteras, menguatkuasakan dan memantau aktiviti neh secara dekat dengan telus. Ini tidak, tukang jaga amanah [penguatkuasa] pun turut sama menerima rasuah bagi melindungi peniaga2 judi neh. Apa larh nak jadi. Rosak masyarakat malaysia di buatnya. 

Sumber gambar : sini

Sozcyili : Judi perosak, bukan penghibur.