t>

Breaking News

Isu bendera: DAP gantung ADUN 6 bulan

Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia.

NONEPengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai (kanan) berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 16 September lepas, Manoharan (kiri) membuat kenyataan di Facebook bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia didakwa tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN.

Manoharan juga dilaporkan membuat kenyataan akan menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain. Tindakan itu mengundang kemarahan dan laporan polis pelbagai pihak.

Setakat semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis masih mengkaji kes itu dan menasihatkan semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan. -MKINI-

Setuju sangat dengan tindakan neh. Sepatutnya suka tak suka kita kena hormat jalur gemilang yang dah jadi bendera negara kita selama berpuluh2 tahun neh. Jangan disebabkan kebencian kepada BN, maka bendera pula jadi mangsa. 

Kalau pasal persamaan tue kat mana2 negara pun ada. Bukan hanya bendera malaysia je menyerupai amerika. Banyak lagi bendera negara lain pun seakan2 yang sama. Takan dorang pun kaki ciplak sesama sendiri? Lainkali ahti2 larh dalam menuturkan kata2. Ada benda yang boleh disentuh, ada benda yang adun kena hormat. Isu bendera neh sebenarnya tak patut timbul. 

Sebagai seorang malaysian, dia tak seharusnya mengeluarkan kata2 bahawa dia malu dengan jalur gemilang. Itu tindakan bodoh namanya. Harap dia sedar daripada kesilapan neh. Sebelum neh dia seolah memerli doa masuk tandas yang ada di mahkamah jalan duta tapi isu tue tak panas pula macam isu bendera neh.

Sozcyili : Jangan ulang lagi.