t>

Breaking News

Tunggu mak awak mati atau bercerai dengan bapak awak baru awak boleh kerja sini yer.



Kegilaan apakah neh? 

Cuba baca artikel di atas. Artikel di atas mengisahkan seorang yang berdarah campur yang memohon untuk bekerja dengan kerajaan tetapi tidak boleh diproses permohonannya atas alasan dia berdarah campur. Ibu nya seorang cina manakala ayahnya orang melayu. Disebabkan ibu dia berdarah cina maka permohonan dia ditolak sebanyak dua kali. 

Ibunya juga telah berunding dengan pihak HKL agar berikan anaknya tempat di HKL supaya arniza boleh mengumpul pengalaman, dengan percuma tanpa perlu HKL membayar gaji, sementara dia menunggu kelulusan bagi melanjutkan pelajarannya ke luar negara namun permohonan tersebut tetap ditolak atas alasan yang sama.

Alasan yang berikan kepada arniza ialah ;

- Ibunya berketurunan cina

- Ibunya harus bercerai

- Ataupun mati

selepas itu barulah arniza boleh mendapat tempat di hkl.

Hairan. Ramai kawan2 aku dan ahli keluarga aku yang berkahwin campur tetapi boleh je berkerja dengan kerajaan di putrajaya dan johor. Takde apa masalah pun. Apasal kes arniza jadi macam neh? Mesti ada sesuatu disebalik semua neh. Takan lah pihak HKL nak suruh ibu bapa arniza bercerai ataupun tunggu ibu dia mati dulu baru dia leh kerja kat HKL? 

Pihak HKL siap bagi alasan faktor keselamatan lagi. Keselamatan apa pula? Dalam isu neh aku memilih untuk tunggu dan lihat. Aku tak pasti sapa cakap benar dan sapa cakap salah. Apa yang pasti kalau isu perkahwinan campur menjadi alasan dia tidak boleh berkerja dengan kerajaan, aku rasa itu karut. 

Ramai dikalangan ahli keluarga aku kahwin campur dan bekerja dengan kerajaan.Aku pun tak pernah dengar dorang bagi alasan kena reject pasal kahwin campur. Selalu yang bagi alasan pasal takde orang dalam. Tapi ada lah dalam beberapa ahli keluarga aku yang berjaya kerja dengan kerajaan walaupun dorang darah campur.

Mungkin juga dalam bidang perubatan dan hospital berbeza syarat dengan jabatan2 lain, so yang neh aku takley huraikan. Andai betul, aku harap HKL boleh tarikbalik larangan yang tidak berasas neh. Ianya karut dan satu bentuk dikriminasi. 

Lagipun menteri kesihatan kita orang cina. Takan logik menteri cina nak dikriminasikan kaum cina dalam kementerian yang dia jaga sendiri? Lagipun apakah undang2 semacam neh wujud? Hanya melayu je boleh bekerja kerajaan? Yang Mahathir, bukan orang melayu jadi PM elok je. So siapa sebenarnya yang sengaja cari pasal dan buat pasal? Sebarang bentuk dikriminasi dan racist akan ditentang tanpa kompromi. 

Dan sebagai kakitangan kerajaan, HKL kena ingat dorang bawa imej kerajaan. Sebarang kesilapan dan salahlaku yang dorang buat, kerajaan yang kena tohmah dan bukan nya anda. So pandai2 larh bawa budaya kerja yang mengikut peraturan yang sedia ada dan bukan nya membuta tuli. 

Bab biasiswa pun sama. Sebenarnya ada ahli keluarga aku yang baru dapat biasiswa meskipun keluarga aku kahwin campur. Maybe situasi kami lain2 kot. Susah aku nak cakap bagi pihak arniza neh. Malang nasib dia terserempak dengan pegawai racist. Sekian.

Sozcyili : nak racist pergi .. errr ada ke lagi negara racist lagi di dunia neh?