t>

Breaking News

Anda ada masalah sampah di selangor? Mari sini kami tolong..


Baru-baru neh media massa kerap memainkan isu masalah sampah di selangor. Ada juga sampai demo dan protes kepada kerajaan negeri berikutan masalah sampah yang berlarutan di selangor. Semua ni gara2 kerajaan negeri selangor yang membatalkan kontrak dengan syarikat lama.

Yang sebenarnya, kalau nak batalkan kontrak ke apa ke, biarlah ada syarikat lain yang berkaliber dilantik untuk menguruskan hal sampah di selangor. Neh batal alam flora, ganti PBT. Kalau peralatan dan perkhidmatan tue sebagus alam flora ataupun lebih baik dari alam flora takpe juga. Neh hampeh. Dengar citer lori kutip sampah pun kecik. Betul ke?

Kiranya ia menyusahkan penduduk tak pasal2. Kroni yang baik ialah kroni yang boleh buat kerja. Cuba lah jangan anggap asal kroni bn je semestinya mereka neh jahat dan zalim. Salah satu contohnya ialah dalam kes alam flora neh.

Rasanya dah lama alam flora neh menguruskan sisa pepejal di beberapa negeri di malaysia neh. Tak perasan pula yang dorang neh tak cekap. Tapi mungkin kerajaan negeri pakatan ada pandangan yang lain. So, tak kesah lah tentang keputusan mereka. Hormat je lah.

Tapi tolong lah yer jangan alihkan kesalahan neh ke atas bahu orang lain ataupun lebih tepat ke atas bahu umno. Ini bukan masa untuk menyalahkan umno. Sebaliknya ini ialah masa bagaimana kerajaan negeri mampu mengatasi dan menanggani masalah sampah di selangor, yang disebabkan oleh keputusan diri sendiri.

Ha Ha Ha

Bagaimana pun, jika ada di antara anda yang menghadapi masalah sampah di selangor, sila hubung talian yang tertera di bawah neh ;
1800 - 88 - 2824

Talian neh talian bebas tol. Makna nya percuma je nak telefon. Korang boleh mengadu perihal sampah di kawasan korang dan apa2 masalah yang berkaitan dengan nya. Ini ialah salah satu inisiatif yang dibawakan oleh kerajaan negeri berikutan masalah sampah yang semakin menjadi2 di selangor.

Sozcyili : Dengar cite kroni noh omar mengamok dalam isu neh.. betul ka?