t>

Breaking News

Mangkuk Tandas Di Stesyen LRT Sri Rampai Meletup


Bahaya ada di mana-mana jek sekarang.

Dalam tandas pun boleh kena letupan. Dasat betul. Nasib baik selamat walaupun mengalami kecederaan. Tapi aku fikir benda neh akan menyebabkan dia fobia untuk seberapa tempoh kot. Bayangkan tandas.. meletup. Sapa tak rasa terkejut kan? Gila arh.

Baca berita kat bawah neh ;

Kuala Lumpur: Seorang pengguna transit aliran ringan (LRT) bernasib malang selepas terkena satu letupan menyebabkan cedera dalam kejadian di sebuah tandas di Stesen LRT Sri Rampai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, mangsa Muhd Shakereen Basri, 22, cedera di paha, punggung dan belakang badan akibat terkena letupan dan serpihan mangkuk tandas yang pecah.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebaik mangsa yang tinggal di Seksyen 1, Wangsa Maju selesai membuang air besar sebelum satu letupan berlaku di dalam mangkuk tandas berkenaan.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Fairus, 25, berkata ketika kejadian mangsa seorang diri masuk ke dalam tandas.

Katanya, tidak sampai dua minit kemudian dia terdengar satu letupan dari dalam tandas.

“Mangsa menjerit minta tolong sebelum pihak berkuasa membantu mengeluarkannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. -GB-

Sozcyili : Hapuskan lah bahan letupan tue betul2 dalam tandas.. janganlah sampai menyusahkan orang lain..