Isu penderaan bayi di taska - Jawapan pihak taska.
Awalnya kes neh telah menjadi polis. Lihat statement kat bawah neh terlebih dahulu ;
JOHOR BAHARU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Khamis membuat laporan polis terhadap dua bekas pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Taman Kota Masai di sini yang didakwa menampal pita pelekat pada mulut dan melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka serta menyebarkan gambar tersebut di Internet Disember tahun lepas.Laporan dibuat oleh Pegawai Mohd Faizal Abu Bakar tengah hari tadi di Balai Polis Sentral dengan diiringi Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan Timbalannya Bazlan Ismail.Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khatijah berkata laporan terhadap wanita berumur 20 dan 22 tahun itu dibuat bagi tindakan lanjut polis, memandangkan perbuatan seumpama itu boleh menyebabkan gangguan emosi terhadap kanak-kanak.– BERNAMA
Kemudian kat bawah neh pula kenyataan daripada pihak taska terbabit ;
Disiplin bayi...’
PASIR GUDANG: Dua bekas pengasuh yang didakwa bertindak kejam dengan melekatkan mulut seorang bayi dengan pita pelekat selain melilit ketat beberapa bayi lain menggunakan kain bedung memberitahu melakukan perbuatan itu konon bagi mendisiplinkan mereka kerana membuat bising.
Perkara itu didedahkan pengusaha pusat asuhan kanak-kanak, Taska Permata 2, Shaherah Abd Malik, 40, yang mendakwa perbuatan dua bekas kakitangannya itu bukan saja tidak masuk akal, malah menjejaskan nama baiknya hingga menimbulkan kemarahan ramai.
Menurutnya, dia dan keluarga bagaimanapun bersyukur kerana semua mangsa tidak trauma mahupun berdepan masalah kesihatan berikutan perbuatan keterlaluan dua bekas pekerja itu.
“Selepas klip video itu tersebar luas di Internet, saya pernah menghubungi mereka biarpun sudah diberhentikan kerja pada Januari lalu akibat masalah disiplin.
“Apabila ditanya, mereka selamba menjawab konon melakukan (rakaman) itu bagi mendisiplinkan bayi berkenaan supaya tidak bising menyebabkan kami yang mendengar jawapan itu begitu kecewa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, sejak klip video itu tersebar, dia menerima pelbagai panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali yang memarahinya kerana menyangkakan tindakan itu dibenarkan pengurusan taska.
Bagaimanapun, katanya, selepas diberi penerangan, baru pemanggil berkenaan faham keadaan sebenar dan meminta maaf kerana memarahinya tanpa usul periksa.
“Sebaik berita kejadian ini dilaporkan Harian Metro semalam, ramai rakan-rakan menghubungi saya dan memberikan semangat bagi menghadapi dugaan ini.
“Alhamdulillah, segelintir pembaca faham kejadian sebenar dan tidak menyerang kami kerana kami sendiri menjadi mangsa perbuatan orang lain,” katanya. -hm
Kesimpulan nya neh masalah pekerja taska. Pihak pengurusan taska telah memberhentikan mereka. Jadi diharap jangan ada yang menyalahkan pihak taska melulu dalam insiden neh. Memang betul bos sepatutnya pantau pekerja dia. Nampaknya bos dah buat tindakan yang betul bila memecat dua kakitangan taska terbabit.
Seterusnya kes neh seharusnya dipertanggungjawabkan ke atas dua individu yang melakukan perbuatan tersebut. Tidak adil juga mengheret nama taska tersebut apabila pihak pengurusan taska sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.
Tapi aku agak kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh bekas pekerja taska terbabit. Kata mereka nak displinkan budak. Bodohnya dia. Budak baby lagi.. nak belajar displin hapanya? Korang dan kita sendiri pun susah nak berdisplin walaupun dah besar panjang lagi sibuk nak displinkan baby yang sah2 tak reti apa2. Tindakan plaster tue sebenarnya adalah yang paling melampau sekali kalau dipandang dari sudut apa pun ia tetap tidak boleh dimaafkan. Bai.
Sozcyili : Kalau tak tahan jaga budak jangan minta kerja macam neh..