t>

Breaking News

Orang ramai marah polis 'terajang' motosikal remaja sampai koma.

Betul ke?

Rasanya tidak adil mendengar penghujahan dari sebelah pihak je. Mentang2 lah dia polis dan remaja tersebut koma, adakah betul polis tue layak dipersalahkan 100% tanpa diberikan ruang dan hak untuk bercakap bagi pihak dia? Keadilan terpakai untuk sesiapa sahaja tak kiralah seseorang itu jahat or baik.

Kisah yang sedang tersebar di media arus perdana [akhbar berbahasa cina] dan media2 online ialah ;

Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menerajang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu terbabas dan mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.

NONEGambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.

Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah  dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.

Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.
Cedera parah

Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menerajang  motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu akibat melanggar pembahagi jalan.
Laporan itu bagaimanpun tidak menyebut sama ada remaja itu cuba merempuh anggota polis berkenaan ketika cuba mengelakkan dirinya daripada sekatan jalan raya.
NONELim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.

"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!" -MKINI-

Wajah polis yang dimaksudkan ialah ;


Dalam kes neh bagi aku kita kena dengar penjelasan dari kesemua pihak barulah kita boleh membuat kenyataan yang lebih telus. Susah juga jika hanya mendengar hujah dari pihak keluarga mangsa yang koma.

Bagi aku kalau berdasarkan dari cerita di atas neh ;

1. Remaja tak pakai topi keledar, memang dia salah.

2. Namun polis juga tidak perlu tendang dia or motorsikal dia. Kan dah menyebabkan budak tue koma tak pasal2.

3. Perlu ada garis panduan yang jelas bagaimana seseorang polis patut bertindak jika terdapat pesalah traffic.

4. Seelok2nya saman. Jika dia enggan berhenti, catit no plat dan saman. Kejar dia pun takpe. Janji dapat saman or dapat no plat dia untuk di saman. 

Apa pun dalam kes neh harus di ingat kenapa penunggang motorsikal perlu memakai topi keledar. Sekurang2nya jika ada polis yang nak tendang anda, kepala anda akan terselamat daripada terhentak. Or.. anda mungkin boleh menyelamatkan diri daripada ditendang polis akibat tidak memakai topi keledar juga. Tungganglah dengan cermat. Pakailah topi keledar walaupun anda mungkin tiada lesen. Dan ingatlah, orang yang tersayang.

Sozcyili : Kena ikut SOP ketika bertugas..