t>

Breaking News

Luahan rasa - Kenapa IC diberikan kepada pendatang asing yang baru datang ke Malaysia?

Boleh baca dan boleh komen malahan kalau nak bagi pandangan yang berbeza pun takpe tapi tolong gunakan bahasa yang elok supaya individu neh tidak terasa. Aku percaya kata2 dia sebab memang ada kenal seseorang yang pernah beritahu bahawa ada sekumpulan rakan2 yang senegera dia, dapat ic biru di johor tahun lepas. Mereka macam ada agent, dan agent itu bawa naik bas pergi johor untuk dapatkan ic biru. Kesemua mereka warga indonesia. Tiada bangladesh dan lain2 pendatang asing. 

Dan kat bawah neh luahan dia ;

salam admin..sy adalah penduduk berbangsa kerinchi yang menetap di hulu langat, selangor. sy telah menetap dimalaysia sejak dari azali lg,sy bersekolah dan mnyambung pljaran di sini..

isu sy adalah,tentang pemberian traf warganegara (ic biru) kpada pnduduk yg bertaraf permaustautin tetap..sy harap admin boleh menghantar skuad utk menyiasat tentang pemberian ic biru kepada warga asing yang bertaraf permaustatin tetap (ic merah) secara percuma di DUN hulu langat ini..tidak dinafikan sy pun adlah pemegang ic merah,namun sy memohon ic biru melalui proses yg ditetapkan JPN..

namun oleh kerana terdapat sindiket utk 'membirukan' ic mereka ini didlam jumlah yg ramai melalui jalan belakang telah sedikit sebanyak menganggu proses permohonan sy..buktinya sy telah gagal dalam pemberian ic biru tersebut walhal sy telah lulus cemerlang dalam semua ujian dan tapisan dan telah memohon sbyak 2 kali...ada yang menyarankan sy agar memohon melalui sindiket tersebut,namun sy enggan apabila sy terpaksa menandatangani surat yg seakan 'surat aku janji'...

sy ada bertanya kpda slah seorng drpd mereka,apa akan terjadi jika mereka tidak mengundi BN pd pilihan raya kli ini dan jwapan mereka "jika kami mengundi parti lain,mungkin kertas undi kami dpat dikesan dan ic biru kami akan dipotong,manakala kami tidak akan mendapatkan kembali ic merah kami,kami akan jd pendatang asing tanpa dokumen apa2"...sy bukan mahu mencampuri urusan politik negara ini..namun kerana sy telah membesar disini dalam suasana masyrakat yg pelbagai,kehidupan masyarkat disini juga adalah kehidupan sy..sedikit sebanyak sy rasa ada tanggungjawab utk negara ini..sy harap akan mampu menyumbang kpada pembangunan politik negara ini jika menjadi warganegara kelak..

sy telah mengikuti perkembangan politik negara ini sejak zaman persekolahan lg,sy juga sering menghadiri ceramah2 politik anjuran PKR walaupun pernah ditangkap oleh polis kerana sy adlah warga asing, ..sy amat mengagumi ketokohan DSAI sebagai ketua pmbangkang yg berprolifik..sy harap pendedahan ini sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai senjata tambahan utk menentang segala taktik kotor kerajaan sedia ada utk mengekalkan tampuk pemerintahan..sy juga memohon jasa baik admin agar menyembunyikan identiti sy..t.kasih -KBSB-

Berhentilah bagi kad warganegara pada yang tak layak. Pada yang benar2 layak tue kita tak kesah pun. Asalkan mereka sama2 bersatu untuk membantu memajukan negara kan. Apa pun negara kita yang penting agama kita. Kita adalah saudara regardless negara, warna kulit dan bangsa. Itu pandangan aku larh kan.

Sozcyili : Bukan rahsia lagi kot agent warga asing yang dilantik untuk berikan ic segera..