Video : Luahan wanita yang merakam video dera bayi. - UPDATED.
Kesian kat dia.
Updated.
Ini video luahan individu yang merakam video tersebut. Dia menangis dowh.. sapa2 yang kutuk2 dia minta maaf je lah balik. Kesian kat dia.
Updated.
Ini video luahan individu yang merakam video tersebut. Dia menangis dowh.. sapa2 yang kutuk2 dia minta maaf je lah balik. Kesian kat dia.
Episode pertama bagi kes neh boleh rujuk kat sini. Sebenarnya ketika video penderaan tue tersebar, selain dari ibu yang memukul2 bayi tue dikutuk dan dikecam, si perakam video pun kena herdik, maki hamun dan dipersalahkan juga sebab merakam aksi tersebut.
Adoii.
Kat bawah neh luahan dia.
Perakam video itu dan merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, berkata beliau menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.
"Bukan sengaja saya ingin merakamkan kejadian itu tetapi kerana inginkan bukti untuk diberikan kepada pihak polis bagi memastikan ibu kandung bayi yang berusia 10 bulan (ketika video dirakam) itu menerima hukuman selepas berbulan-bulan dia mendera bayinya, jadi saya terpaksa.
"Untuk mereka yang tidak tahu perkara sebenar, janganlah menuduh membuta tuli dan mengatakan saya bersekongkol, siasat dahulu supaya tahu apa yang berlaku tetapi bila ini yang saya terima saya kesal dan sedih," katanya kepada Bernama sambil mengesat linangan air matanya.
Beliau berkata pada malam kejadian video itu direkodkan sekitar Mei tahun lepas, ibu bayi berkenaan yang berusia 20 tahun bertindak agresif dengan memukul anaknya selepas dia dinasihat agar menghentikan penderaan terhadap anaknya serta menghalang wanita itu daripada berjumpa teman lelakinya.
"Mungkin marahkan saya kerana membebel, wanita itu terus mencapai anaknya yang berada di ruang tamu ketika itu dan meluru masuk ke dalam bilik.
"Wanita itu kemudiannya bertindak untuk mengunci pintu tetapi saya halang sehingga saya sendiri dikasari dan rambut saya ditarik dan diseret keluar dari bilik," katanya.
Beliau berkata selepas bergelut dengan wanita itu, dia akhirnya berjaya untuk berada di dalam bilik berkenaan dan kesempatan itu digunakannya untuk merakamkan tindakan agresif ibu bayi berkenaan.
Shima berkata wanita itu merupakan anak kepada jirannya ketika dia menetap di Damansara Damai.
"Saya kenal dia sebab saya berkawan baik dengan ibu angkatnya ketika saya menetap di Damansara Damai dan apabila ibu angkatnya meninggal, wanita ini membuat keputusan untuk tinggal bersama saya pada Mac tahun lepas," katanya.
Beliau berkata sepanjang wanita itu tinggal bersamanya, emosi wanita itu kerap kali berubah-ubah dan boleh dikatakan agak sosial.
"Saya tidak kisah dia tinggal dengan saya, tetapi dia sosial dan bila keluar rumah keesokan harinya baru balik, bila bergaduh dengan teman lelakinya anak yang akan dijadikan sasaran.
"Saya pernah bertanya kepada wanita itu bahawa dia menganggap anaknya sebagai apa dan katanya anaknya itu hanyalah tempat untuknya melepaskan geram," katanya.-MKINI-
Semoga dengan penjelasan neh dapatlah mematikan segala spekulasi dan tuduhan2 terhadap si perakam video tue. Kes selesai.
Sozcyili : Yang penting shima berjaya selesaikan penderitaan bayi tersebut..