t>

Breaking News

Betul ke PROTON kemek habis dilanggar Basikal ?

ok...from this point forth no more buying new Proton car for me..
lets laugh at proton with all our hearts. hahahahaa
kete poton madey yg tak laku
Cintai buatan malaysia....
Ini antara komen2 yang terbit di media sosial mengenai gambar di atas. Gambar di atas neh di share hampir 1,700 orang dan sedang meningkat. Rujuk sini. Mostly komen2 yang mengherdik proton, kerana pada sangkaan mereka, kereta di atas neh ialah merujuk kepada proton. Tetapi sebenarnya ia bukan. Di ulangi sekali lagi,
BUKAN!
Sebenarnya kereta neh brand chevrolet. Siri apa aku tak sure. Tapi master brand dia chevrolet. Rujuk sini sendiri untuk bukti lanjut. Takde kena mengena dengan proton langsung. Tapi yang kena hentam proton. Sebenarnya aku dah boleh agak kenapa ramai orang malaysia sangka ia proton.
Ini disebabkan kita sendiri dah didedahkan dengan kualiti proton so bila tersebarnya gambar neh tah macam mana automatik orang sangka proton. Proton perlu berbuat sesuatu bagi mengubah persepsi dan tanggapan orang ramai terhadap proton. Sampai bila pihak pengurusan proton sanggup bersabar jek dengan caci maki hamun masyarakat terhadap kereta nasional?
Lakukan sesuatu. Ubah. Baik dari segi kualiti mahupun harga. Lakukan reformasi. Anda akan dihormati kembali. Aku tak pernah benci proton walaupun aku tak nafikan proton bukanlah berada di tahap yang terbaik. Aku tak kata proton bagus malahan aku tak nafikan pun kualiti proton memang larh tidak memuaskan langsung.
TETAPI,
Bagi aku membenci proton itu sendiri tak berapa tepat. Sebaliknya kita kena benci apa yang menyebabkan proton jadi begitu. Apa yang menyebabkan proton jadi begitu adalah disebabkan masalah pengurusan dan pentadbiran. Masalah neh hanya boleh selesai jika pemerintahan bertukar tangan.
Dan sekarang, untuk melihat proton semakin maju, tangan kita sendiri kena berani buat perubahan sebelum boleh melihat proton berubah. Masalahnya, adakah semua orang berani melakukan perubahan ataupun lebih rela memilih untuk mencaci proton selama2nya? Anda tentukan. Bai.
Sozcyili : Simpati plak tengok proton jadi mangsa angkara chevrolet... hahaha..