TPM minta DSAI jawab isu harta RM3billion.
Yang buka dakwaan ataupun tuduhan neh asalnya ialah JMM. Jaringan Melayu Malaysia. Di akhbar utusan of course macam biasa. Baca sedikit kenyataan mereka kat bawah neh ;
Masyarakat perlu menilai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus berdiam diri berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang itu.Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan Anwar yang seperti ‘menikus’ itu menimbulkan persoalan kerana beliau sentiasa aktif menjawab dakwaan atau melemparkan tuduhan menerusi Twitter miliknya hampir setiap hari.Jelas beliau, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar mempunyai tanggungjawab besar dalam menjawab hal akuan berkanun tersebut kerana segala akaun itu secara logik diperoleh sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an. -Utusan-
Lepas tue TIPIEM sahut. Baca bawah neh ;
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.“Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia adalah tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu…pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.“Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, hari ini. -MNH-
Aku hairan juga tengok cara dorang neh berpolitik. Hari2 lemparkan tuduhan kat dsai dan hari2 desak dia suruh saman. Bayangkan kalau satu hari satu tuduhan, kalau 30 hari dah berapa banyak tuduhan dia dapat? Habis tue dia kena saman 30 kali sebulan? Setahun dah berapa?
Yang aku perhatikan stail dorang neh dari dulu sama jek. Tak pernah nak berubah. Letak tuduhan then desak saman. Letak tuduhan lain then desak saman. Aku ingat kalau dsai menyahut seme tuntutan saman tersebut, maka dia akan menjadi manusia yang paling banyak menyaman orang. Siyes.
Apa pun, jika tuduhan neh berserta bukti dan dokumen yang sahih, boleh larh dsai mempertimbangkan untuk jawab segala persoalan, tapi kalau setakat tuduh2 guna air liur, rasanya toksah buang masa nak jawab. Pasal perkara neh bukan perkara yang baru buat dsai. Kita seme dah lali dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap dsai.
Sampaikan kita sendiri rasa boring. Katakanlah, suatu hari nanti tuduhan yang dilemparkan kepada dsai ialah tuduhan yang benar, masyarakat pun malas nak layan. Sebab apa? Sebab dah biasa dihadapkan dengan tuduhan fitnah maka lama kelamaan masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap kerajaan sekarang.
Ingat kisah gembala kambing dengan harimau? Mula2 dia menipu orang kampung. Konon nya harimau nak serang. Penduduk kampung yang beria2 percaya punyalah menolong. Tapi bila dah dua kali kena tipu, kali ketiga bila harimau benar2 datang sapa pun taknak tolong.
Sama lah juga dalam kes dsai - bn neh. Kalau dah biasa dihadapkan dengan tuduhan tanpa bukti, fakta dan kesahihan yang jelas, ada sesetengah masyarakat walaupun bukanlah penyokong pr sangat tetapi mungkin lama kelamaan beralih arah menyokong pr disebabkan tindakan bn yang langsung tak masuk akal. Fikir-fikirkan ia.
Sozcyili : Pasal liwat dah habis, sembang bab account bank pula.. hohoho..