Nazmi minta maaf tumbuk Kapten Qatar.
Metro neh dah layak makan maki dari rakyat malaysia. Orang kat sana sibuk bersiap diri nak bersiap untuk perlawanan persahabatan , dia kat sini sibuk nak dedahkan gosip itu neh. Sepatutnya dia bagi lah sokongan moral. Nak dedahkan sangat pun, tunggu lah selepas habis perlawanan.
Kalau ikut stail pemberitaan di luar negara, setiap kali ada perlawanan penting memang dorang takan dibenarkan kacau emosi pemain2 tempatan dorang. Dorang akan bersatu ahti untuk menyokong pemain2 dorang dari belakang. Story panas ka, konspirasi gosip apa seme di holdkan untuk memberi laluan kepada perlawanan tersebut.
Lepas tue baru depa dedahkan. Cuma lambat sikit. Dedah tetap dedah tapi ikut timing. Walaupun yang neh bukanlah perlawanan penting dan cuma perlawanan persahabatan tetapi tindakan metro neh boleh di anggap bodoh.
Sebab asyik sibuk nak cipta skandal pemain bola sepak. Kes rita rudaini dan khairul fahmi tak cukup lagi ka? Setakat orang tulis komen sayang2 kat fb nak kecoh bagai. Adoiiyaii. Benda kecik jek pun. Sapa pun tak heran. Wartawan metro memang bangang kalau ingat rakyat malaysia hadap dengan isu bebal macam neh.
PERANCANG utama Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mengakui gagal mengawal emosi ketika aksi perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun Qatar di Stadium Shah Alam, petang tadi.
Insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.
Nazmi Faiz yang bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos depan meluru ke arah pemain tersebut dan melepaskan tumbukan ke atas Abdelkarim yang menyebabkan pengadil perlawanan mengarahkannya keluar dari padang.
Dalam pada itu, Nazmi memohon maaf kepada para peminat dan menegaskan insiden tadi tiada kena-mengena dengan kisah peribadi sambil mengakui gagal mengawal emosi.
"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.
Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini. -SH-
Boleh di anggap aku memang panas dengan metro semenjak dua menjak neh sebab perangai dia semakin menjadi2. Suka sangat buat isu merepek seolah2 macam ia skandal larh sangat walhal takde apa pun. Sengal larh lue metro. Sengal.