Isu PTPTN - Khaled sekadar nak uji Selangor.
Ini ialah jawapan dari menteri yang mengetuai kementerian pengajian tinggi. Bukan mereka yang berjawatan biasa2 dalam kerajaan tetapi seseorang yang bertaraf menteri. Perhatikanlah jawapan dia dengan teliti. Jika seorang menteri telah menjawab seperti neh bagaimana pula dengan orang2 bawahan nya? Apakah semakin tidak cerdik maka semakin besar peluang nya untuk menjadi menteri?
Hairan juga. Sebab timbalan nya dilihat lebih berkredibliti dan cerdik dalam mengeluarkan statement berbanding ketua nya. Adakah budaya bodek memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan jawatan sekarang neh? Yang tue wallahualam. Malas nak ulas lebih2.
Jika kita rujuk kenyataan MPT kat atas neh kita akan dapati bahawa ;
1. Menteri cakap dia sekadar nak uji selangor.
2. Menteri cakap sebab PR telah berjanji nak memansuhkan PTPTN andai diberikan mandat pemerintahan pada pru - 13 kelak.
Lihatlah sendiri bagaimana menteri kita berfikir. Dia nak uji selangor? Boleh. Takde masalah. Tapi gunakanlah kaedah yang betul. Jangan mangsakan orang lain.
Melihat sendiri apa yang dia fahamkan mengenai janji PR, dia sendiri pun sedar PR hanya akan memansuhkan PTPTN selepas diberikan mandat pentadbiran pusat, so dia kena lah tunggu selepas pusat bertukar tangan dari BN ke PR maka time tue boleh larh dia lihat samada PR berupaya ataupun tidak dalam melaksanakan apa yang telah ditawarkan kepada rakyat marhaen.
Dan lagi satu, bercakap pasal PTPTN kita nak perjelaskan bahawa peranan PTPTN ialah pinjaman untuk para pelajar. PTPTN ialah dibawah kerajaan malaysia bukan di bawah mana2 parti. Jika PR dan BN berbalah mengenai apa2 dasar dan polisi sekalipun, PTPTN atau mana2 product kerajaan malaysia tidak boleh menjadi alat bagi memuaskan nafsu mana2 parti sekalipun.
PTPTN tidak seharusnya diperlihatkan sebagai alat bn ataupun hak milik bn. Harus di ingat, PTPTN juga tidak boleh condong kepada mana2 parti kerana dari awal lagi PTPTN bukan dibuat menggunakan wang umno tetapi wang pembayar cukai dan wang pembayar cukai neh datangnya dari seme rakyat malaysia tanpa mengira parti politik. Jika kerajaan tidak membeza2kan parti ketika mengutip cukai maka apa sebab kerajaan perlu membeza2kan parti ketika mengagihkan bantuan?
Sozcyili : Pasal politik.. pelajar pula jadi mangsa.