t>

Breaking News

Ustaz Azhar Idrus adalah ikon lawak saya - Ustaz Fathul Bari.

Tak berani sebut nama.

Tapi berani nak mempersendakan ustaz azhar idrus. Bercakap pasal adab tapi sendiri pun tak melaksanakan apa yang dinasihatkan dalam pentas ceramah tersebut. Ulama muda umno iaitu UFB telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang aku rasa dia tak sepatutnya keluarkan ia dalam ceramah tersebut.

Kemon larh, UFB suruh orang jaga akhlak, jaga adab tapi kenapa ketika berceramah UFB sendiri taknak jaga adab dan akhlak sendiri ek?

Korang saksikan sendiri video kat bawah neh oke ;

 

Ada beberapa point yang aku percaya UFB telah terlepas pandang.

1. UFB bercakap pasal UAI tapi buat2 tak berani nak sebut nama sebab nak berlepas diri dari tanggungjawab tapi terang2 menyebut ciri2 ustaz kenapa? Kenapa nak takut sangat kalau bercakap benda yang benar dan betul?

2. UFB bercakap dan komplain pasal bahasa terengganu. Alamak aii. Tanya lah orang terengganu sendiri betul ke tak betul bahasa2 dan stail2 dorang macam tue. Buat apa dok bercakap pasal bahasa negeri orang tapi dengan orang yang tiada kaitan dengan terengganu. Tanya dulu betul ke tak betul bahasa orang timur macam tue..

3. UAI takde pun cerca maki apa seme. Bila masa pula UAI maki hamun? BN GILA tu bukan bahasa maki. Sejak bila BN = bahasa maki? Sejak bila GILA = merupakan bahasa maki?

BN = Barisan nasional.

GILA = Orang tak waras.

UFB sendiri pernah bercakap perkara2 seumpama 'BN GILA' [perkataan yang lebih kurang] terhadap PR selama neh so UFB pun kaki maki hamun dan berbahasa kesat gak ka?

4. UAI tak pernah mendorong dan mengajak orang kepada kejahatan.

5. UFB harus bertanggungjawab bila terang2 melabel UAI menyebarkan fitnah. Fitnah apa? Jelaskan yang mana satu. Kalau sekadar cakap dia sebar fitnah sesiapa pun boleh cakap tapi apa bukti yang UAI benar2 menyebarkan fitnah pula?

UFB ni sepatutnya gini je. Kalau tak puas ahti apa seme, sesama korang pergi larh berjumpa, berbincang dan berhujah. Buat apa ko bercakap2 mengarut pasal UAI? Hari tue bercakap pasal Syeikh Yusof Alqardhawi. Seme orang sekarang neh dah tak betul, ko jek yang betul?

Ko jek ulama yang bagus, terbaik dan terbetul di dunia ka? Yang lain seme sesat, tak betul, jahat sebab tak pro kerajaan ka? Kaji balik larh cara ko neh UFB. Aku dah tengok beberapa video ko dan aku dapati ko neh di dalam aliran yang mana SEME ORANG SALAH, JAHAT dan SESAT.. tetapi ko, bn dan umno adalah BETUL, MAKSUM dan BENAR. 

Ini satu aliran ataupun pandangan yang sangat2 songsang bagi aku. Bagi aku, setiap manusia itu ada baik dan buruk. Ada betul dan salah. Dia tak betul tapi tak semestinya dia salah seme. Jadi kita kena bezakan ikut situasi dan kisah larh bukan main balon jek.

Tapi ikut apa yang aku faham menerusi ceramah2 UFB neh dia dah meletakkan satu status yang mana, sesiapa yang anti kerajaan = pesalah. Sesiapa yang pro kerajaan = mengikuti landasan yang betul.

Sedangkan bagi aku apa yang tepat adalah seperti neh ;

Sesiapa yang mengamalkan cara hidup islam, mendekati ke arahnya = sedang dalam proses mencari kebaikan

Sesiapa yang menjauhi cara hidup islam, menyelewengkan ajaran islam sebenar = sedang dalam proses mencipta kejahatan

Tapi nampaknya UFB tidak seperti itu. Ataupun sekurang2nya apa yang aku lihat melalui ceramahnya dia tidak menuju ke arah pendekatan seperti itu. Aku bukan apa, kalau dah nama nya ustaz apa seme at least, biarlah konsisten dalam melaksanakan kerja2 dakwah. Jangan lah konsisten dalam menentang perbezaan pendapat dalam politik jek der. Bai.

Sozcyili : Adab orang dia persoal, adab dia bagaimana pula?