PTPTN: Pelajar Kuis Juga Dibekukan
SHAH ALAM – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat dananya bukan sahaja kepada penuntut Universiti Selangor (Unisel), malah turut membabitkan penuntut-penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said yang dihubungi Sinar Harian Online semalam mengesahkan kemudahan kewangan PTPTN turut dibekukan kepada pelajar Kuis buat sementara waktu seperti arahan yang dikeluarkan ke atas Unisel.“Ya, pembekuan PTPTN tetap dilakukan (dikenakan) kepada Kuis.“Alasannya juga sama seperti yang dikenakan terhadap Unisel,” kata beliau dalam satu kenyataan SMS. -SH-
Jika kita teliti kenyataan kementerian pengajian tinggi kita dapati menteri sendiri mengesahkan bahawa ;
1. Pinjaman PTPTN disekat sebab nak memberikan peluang kepada PKR untuk uji dasar pendidikan percuma mereka.
2. Untuk melihat jika PKR benar2 mampu melaksanakan apa yang mereka cadangkan mengenai dasar pendidikan percuma dan penghapusan pinjaman PTPTN.
Bagi pandangan aku, aku percaya ini ialah tindakan yang bermotifkan politik semata2. Tak lebih dan tak kurang meskipun menteri mungkin tidak mahu mengakuinya. Bagi pandangan aku juga, pelajar tidak harus dijadikan mangsa keadaan dalam perbezaan pendapat di kalangan wakil rakyat baik peringkat pusat mahupun peringkat negeri. Selesaikan cara baik dan uruskan perbezaan anda dengan matang.
Jangan heret orang yang tidak bersalah dan rakyat dalam soal tersebut. Mungkin adil bagi TPM tetapi tidak adil bagi pelajar2 di selangor kerana mereka ialah student yang sama sekali langsung takde kaitan dengan PR. Kalau nak uji PR sekalipun tak perlu perjudikan pendidikan budak2 neh. Hanya akan mengundang amarah terhadap bn jek. Sia2 seme neh.
Sozcyili : Marahkan PKR, orang lain pula jadi mangsa.