Facebook menjadikan remaja perempuan lebih biadap.
Facebook dan Twitter mengubah cara remaja perempuan bercakap, menjadikan mereka lebih biadab dan agresif, menurut kajian. Pakar percaya, bahasa yang digunakan wanita muda semakin pendek, tajam dan lebih berterus-terang, dengan kurang masa digunakan untuk mempertimbangkan secara berhati-hati berhubung perkataan yang digunakan mereka.
Perubahan itu menyebabkan remaja perempuan bertindak kurang sopan, berterus-terang malah lebih agresif apabila bercakap dengan sesama sendiri dan dengan golongan dewasa.
Bahasa yang digunakan dipercayai hasil komunikasi lebih cepat di Facebook, Twitter dan emel. Ia lebih ketara di kalangan perempuan berbanding lelaki kerana mereka lebih kerap berkomunikasi.
Penampilan kurang sopan bukan disengajakan tetapi menyatakan penggunaan internet bermakna golongan muda tidak mempunyai cukup masa untuk memilih perkataan dengan berhati-hati.
Kanak-kanak kini kelihatan malas. Media sosial tidak membantu, begitu juga mesej teks. - AGENSI | BHarian
Tatau lah aku kajian neh meliputi orang malaysia ke tidak. Tapi kalau di malaysia aku tengok sama jek. Lelaki ke perempuan ke takde beza. Kalau seseorang tue biadap bukan kira jantina pun.
Dan kalau tengok di media sosial pun lelaki ke perempuan ke sama jek memasing banyak cakap. So tak berapa tepat lah kalau nak attack perempuan lebih2 dalam isu neh. Mungkin ia fakta di negara mereka tetapi bukan fakta bagi facebookers malaysia oke.
Muahaha..