Bekas Rakan Karib Anwar Dakwa Anwar Gila Kuasa, Suka Berkhayal.
Aku sebenarnya tertarik nak citer pasal Utusan. Bukan nak sangat bercerita pasal Anwar dan apa yang ex member2 dia citer pasal dia. Kalau bercerita pasal apa yang ex member2 dia citer pasal Anwar, sampai ke kiamat pun tak habis. Ada je benda2 yang dorang akan buruk2kan dan tak puas ahti kat Anwar. Ada yang relevant untuk dipersoalkan tapi ada juga yang sekadar merepek tak tentu hala.
Dari selepas PRU hari tue sampai la ke hari neh, aku dok perhatikan Utusan. Aku ada sembang2 dengan member2 aku, aku cakap korang percaya tak aku cakap bahawa Utusan tak berhenti menulis pasal Anwar, hatta benda yang merepek2 sekalipun pasal Anwar depa akan siarkan janji ada citer pasal Anwar? Korang percaya tak kalau aku cakap utusan taksub Anwar? Utusan benar2 dah jadi meroyan pasal Anwar?
Korang percaya tak kalau aku cakap macam neh.
Ahli politik A = Anwar gila kuasa.
Ahli politik B = Anwar tamak haloba.
Utusan akan sanggup siarkan berita di atas dalam ruangan politik mereka meskipun ahli2 politik tersebut hanya bercerita pasal Anwar dari sudut pendapat peribadi. Janji ia pasal Anwar, mengata dan mengumpat sekalipun akan diberikan ruang oleh Utusan. Asalkan Ia Anwar Ibrahim.
Bukan nya citer, Anwar gagal reform Selangor, rakyat Selangor menderita. Anwar tidak membawa perubahan kepada Selangor, masalah air dan sampah kian meruncing. Anwar gagal sebagai pakar ekonomi, rakyat Selangor semakin terjejas.
No.
Samada Pakatan Rakyat di Selangor memang betul2 cekap buat kerja sehingga BN gagal menyerang mereka yang membabitkan kepentingan rakyat ataupun memang mereka BODOH. Lebih baik mengumpat dan mengata Anwar daripada bercerita pasal masalah rakyat.
Jika aku jadi editor, aku akan tukar nama Utusan Malaysia kepada Utusan Anwar. Cerita pasal Anwar setiap hari confirm ada. Dah jadi macam artis pula. Hari2 kena gosip. Alahai Anwar..
Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang. "Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri."Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang. "Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya. Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. "Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13."Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya. Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130629/po_01/Anwar-gila-kuasa-berkhayal#ixzz2XfvRyVUg