t>

Breaking News

Orang Malaysia Ke-7 Paling Ghairah Di Dunia.


Padan la iklan ubat kuat bersepah2 kat facebook dan media internet. Kat paper tertentu pun sama. Rupany2 membawa maksud tertentu. Tak sangka plak Malaysia tercatat negara ke 7 yang mana penduduknya paling GHAIRAH di dunia.

Baca laporan yang dipetik dari laman Mylaunchpad kat bawah neh ;

Malaysia diletakkan di tangga ketujuh di antara sepuluh negara paling ghairah di dunia mengikut kaji selidik askmen.com.

Malaysia merupakan satu-satunya negara Asean yang dimasukkan ke dalam senarai yang diterajui oleh negara Greece.

Kaji selidik tersebut dijalankan selari dengan kaji selidik Durex pada 2008 yang mendapati 53% daripada warga Amerika melakukan aktiviti seks seminggu sekali.

Jadi, untuk menyertai senarai kaji selidik tersebut, 75% penduduk negara tersebut perlu aktif secara seksual setiap minggu.

Salah satu sebab Malaysia terpilih kerana skandal seks berprofil tinggi seperti bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan terbaru pasangan blogger Alvin Tan dan Vivian Lee.

Untuk negara yang majoritinya Muslim, ini sudah tentu memberikan pandangan negatif kepada rakyat.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan memasukkan pendidikan seks ke dalam kurikulum sekolah.